Buletin

Barangan cecah RM 300 ribu KSUS PM pesan untuk sentiasa merendah diri

Hari pertama, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Dato’ Nor Nazimah Hashim ke tempat kerja telah menimbulkan kemarahan netizen.

Perkara ini terjadi, apabila Ammielyya Jusnieza, iaitu Pegawai Khas kepada PM baru-baru ini memuat naik di Twitter gambar berserta sarikata “Pesanan KSUS: Sentiasa merendah diri, jangan sombong dan buat kerja elok-elok untuk belia”.

Namun, netizen malah menyoalkan pemakain yang di pakai oleh Nazimah seperi rantai, barang kemas dan blazer yang dianggarkan mencecah RM300,000.

Beberapa lampiran gambar berserta harga setiap rantai, barang kemas dan blazer juga tersebar diseluruh laman sasawang.

Semakan ke laman Van Cleef & Arpels, sebuah pereka barangan hiasan mewah mendapat dua utas rantai Van Cleef & Arpels yang dipakai oleh Nor Nazimah dijual pada harga RM73,000 dan RM266,000.


Semakan ke laman web Chanel juga mendapati kerongsang yang dipakai dijual pada harga RM2,730 seutas.

Selain itu, blazer jenama Max Mara yang dipakai oleh Nor Nazimah juga didapati dijual pada harga hampir RM7,000 sebelum diskaun di laman web Luisaviaroma.

Tertanya juga dimanakah “sentiasa merendah diri?” Ataupun netizen yang terlebih rajin mencari dan merungkai setiap harga pakaian yang di pakai oleh Nazimah?

PALING POPULAR

To Top