Bekas pemain hoki kebangsaan, Arrifin bin Mohd Ghani, dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan beliau yang diumumkan di laman rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) itu menerima ucapan tahniah dan komitmen penuh kerjasama daripada seluruh warga PJS.
Arrifin, yang pernah mewakili negara dari 1989 hingga 1993, juga pernah berkhidmat bersama Majlis Sukan Negara, merupakan graduan undang-undang dan ikon alumni sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau menjadi bekas atlet kebangsaan kedua memegang jawatan tersebut selepas Zaiton Othman pada tahun 1982.
