Umum

Bekas Pengerusi Felda Isa Samad bebas tuduhan rasuah RM3 juta

Gambar FMT

Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan bekas Pengerusi Felda Isa Samad terhadap sabitan dan hukumannya bagi tuduhan rasuah RM3 juta berkait pembelian sebuah hotel di Kuching, 10 tahun lalu.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Mahkamah Tinggi melakukan kekhilafan yang boleh dirayu dan memerlukan campur tangan.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan rayuan berkenaan dan membatalkan hukumannya.

Turut bersidang bersamanya, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah.

Pada 2021, Hakim Nazlan Ghazali yang kini di Mahkamah Rayuan, mendapati Isa bersalah atas sembilan tuduhan rasuah melibatkan RM3.09 juta pada 2021, dan menjatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.4 juta.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

Sumber FMT

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top