Platform kembara digital Agoda memperkenalkan destinasi-destinasi yang terkemuka di Asia bagi menghayati seni pengembaraan secara santai, dengan KualaLumpur mendapat tempat dalam kedudukan sepuluh teratas sebagai sebuah bandar yang melaluinya pengembara boleh memandu perlahan dan meneroka sesebuah tempat dengan kadar yang lebih santai.
Dalam sembilan pasaran di Asia, data Agoda menunjukkan bahawa pengembara santai menempah penginapan yang paling lama di Rayong (Thailand), Kalegowa (Indonesia), Seoul (Korea Selatan), Tokyo (Jepun), Nha Trang (Vietnam), Pulau Boracay (Filipina), Taipei (Taiwan), Kuala Lumpur (Malaysia) dan Chennai (India) mengikut purata tempoh tempahan yang dibuat di Agoda antara Januari dan Mac 2025.
Bermula daripada pantai yang mendamaikan hinggalah jalan raya bandar yang hiruk-pikuk, destinasi-destinasi ini membuktikan bahawa ada kalanya, cara yang terbaik untuk mengembara adalah dengan berkelana secara santai:
- Rayong, Thailand
- Kalegowa, Indonesia
- Seoul, Korea Selatan
- Tokyo, Jepun
- Nha Trang, Vietnam
- Pulau Boracay, Filipina
- Taipei, Taiwan
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Chennai, India
Di Malaysia, Kuala Lumpur dan Langkawi mendaki anak tangga ke kedudukan dua tempat teratas bagi penginapan yang dilanjutkan, diikuti oleh destinasi pendatang baharu iaitu Johor Bahru yang memasuki senarai ke kedudukan tiga teratas apabila destinasi nombor satu pada tahun lalu, Pulau Perhentian, terkeluar daripada senarai. Dalam pada itu, pengembara dari Malaysia yang ingin mengembara ke luar negara menghabiskan paling banyak masa di Tokyo, Jepun bagi menikmati pengalaman pengembaraan yang lebih santai.
Fabian Teja, Pengarah Negara untuk Malaysia dan Brunei di Agoda, berkata, “Tatkala kehidupan bergerak dengan lebih pantas, lebih ramai pengembara yang menerima idea untuk mengambil rentak yang lebih santai agar dapat benar-benar menikmati pengalaman di sesebuah tempat dan bukan sekadar menempuhinya. Destinasi-destinasi Malaysia yang pelbagai, dengan kekayaan warisannya dan tawaran elemen budaya, menjadi latar belakang yang sempurna bagi penerokaan secara tidak terburu-buru. Di Agoda, kami berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada arah aliran ini yang menawarkan tawaran hebat untuk penginapan dan aktiviti yang menjadikannya lebih mudah untuk berhenti sejenak dan menikmati setiap langkah dalam suatu perjalanan.”
Menerusi lebih 5 juta rumah percutian, 130,000 laluan penerbangan dan 300,000 aktiviti, Agoda menjadikannya mudah untuk merancang pengembaraan perjalanan yang santai. Kunjungi Agoda.com atau muat turun aplikasi mudah alih Agoda bagi mendapatkan tawaran terbaik untuk mula merancang percutian yang santai.
