PARTI Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) awal-awal lagi memaklumkan, mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya kecil jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan.
Jika pilihan raya kecil diadakan secara mengejut dalam masa terdekat ini, Bersatu bersedia memberi laluan.
Begitulah bayangan yang diberikan oleh Bersatu Johor yang direalisasikan wadahnya oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Hamzah Zainuddin.
Orang politik sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, tidak kira sama ada PRN atau PRU kerana itu sudah menjadi tugas orang politik.
Kalau hari ini pilihan raya diumumkan, esok sudah bersedia untuk pilihan raya akan datang. Wah! Itulah semangat Bersatu Johor yang diterjemahkan oleh Hamzah. Asalkan jangan semalam bersedia, pilihan raya entah bila.
Bersatu nampaknya mahu mengekalkan momentum pilihan raya kerana kata mereka, kalau hari ini habis pilihan raya, mereka bersedia menghadapi pilihan raya akan datang.
Kiranya itu adalah perkara biasa dan memetik kata-kata Ahli Parlimen Larut itu, semua orang, semua parti ada strategi masing-masing.
Yang penting, semua orang akan berkata dia bersedia. Kalau media tak tanya, tak siapa akan jawap benda ini (pilihan raya).
Situasi politik Johor mula menggegar pemerhati dan pengikut politik selepas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad (UMNO) pada 25 Disember lalu.
Beliau memaklumkan Kerajaan Negeri akan melihat dan memantu keadaan semasa termasuk meneliti keperluan mengadakan PRN Johor berikutan mempunyai kelebihan satu kerusi DUN.
Keadaan itu berlaku selepas ADUN Kempas yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia.
Sumber: Suara Merdeka