Umum

BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar – SPCAAM

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) harus berperanan dalam menentukan taraf gaji yang sesuai untuk hidup di bandar dengan bersandarkan kepada Model Gaji Progresif.

Penasihat Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, ini berikutan setiap kawasan mempunyai kos sara hidup yang berbeza.

Tambah beliau, gaji minimum RM1,500 adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.

Tegasnya, ia juga memerlukan komitmen majikan untuk tidak menafikan hak pekerja serta tidak mengekploitasi gaji pekerja sungguhpun syarikat mencatatkan keuntungan besar.

Jelasnya, syarikat juga bebas untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran pekerja, namun, ia juga perlu diselarikan dengan pembayaran gaji yang bermaruah.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top