— BOYA Audio, jenama peralatan audio terkemuka sejak 2012, hari ini melancarkan BOYA Magic, mikrofon tanpa wayar AI serba boleh pertama di dunia yang direka khas untuk pencipta kandungan yang sering beralih antara pelbagai situasi rakaman.
Mikrofon inovatif ini mampu berfungsi dalam empat mod berbeza — sebagai clip-on mic, on-camera mic, interview mic, dan desktop mic. Dengan hanya satu peranti, pencipta kandungan kini boleh merakam audio untuk livestream, podcast, temubual, mesyuarat dalam talian, dan penggambaran mudah alih tanpa perlu menukar peralatan.
Empat Mod, Satu Peranti
BOYA Magic membolehkan pengguna bertukar antara mod dengan mudah:
- Clip-on transmitter dengan jarak penghantaran sehingga 100 meter
- Desktop mode untuk mesyuarat atau panggilan video
- Handheld mode untuk temubual jalanan
- On-camera mode untuk monolog atau rakaman video
Teknologi AI Pembatalan Bunyi Generasi Baharu
Dikuasakan cip deep neural network yang dilatih dengan lebih 700,000 sampel bunyi dunia sebenar, BOYA Magic menawarkan pembatalan bunyi sehingga -40 dB. Teknologi ini memastikan audio jelas berkualiti studio walaupun dalam persekitaran bising.
Reka Bentuk Ringkas, Audio Hebat
Dengan berat hanya 7 gram dan ketebalan 13 mm, pemancar BOYA Magic menyokong rakaman 48 kHz / 24-bit dengan julat dinamik 144 dB dan nisbah signal-ke-hingar 80 dB. Ia turut dilengkapi:
- Safety Track – trek sandaran 12 dB lebih rendah bagi elak clipping
- Limiter automatik – mencegah distorsi audio
- EQ boleh laras melalui aplikasi BOYA Central untuk profil suara peribadi
Harga & Ketersediaan
BOYA Magic kini tersedia di kedai atas talian dan pengedar rasmi di seluruh dunia pada harga bermula US$90 (anggaran RM420).
Bagi pencipta kandungan yang mahukan fleksibiliti maksimum dengan kualiti audio setaraf studio, mikrofon tanpa wayar AI BOYA Magic mungkin peralatan wajib anda tahun ini.
