Business

Brahim’s Dewina Sumbang Kurma Ajwa dan Air Mineral Sempena Ramadan 2026

BANGI: Kumpulan Brahim’s Dewina meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyerahkan sumbangan sebanyak 400 karton Kurma Ajwa dan 1,187 karton air mineral sempena Ramadan menerusi inisiatif “Kongsi Rezeki Kongsi Rasa” 2026.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Perkarangan Lobi Pejabat Kumpulan Brahim’s Dewina dan disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif kumpulan itu, Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad.

Sumbangan berkenaan disalurkan kepada masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta kawasan Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi.

Menurut Ibrahim, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kumpulan Brahim’s Dewina sejak 2020 bagi menyantuni komuniti melalui sedekah makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh para jemaah yang berbuka puasa di masjid dan surau, sekali gus membawa keberkatan serta mengeratkan semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Majlis berkenaan turut disaksikan wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JAWI serta Food Aid Foundation, selain pengurusan kanan Kumpulan Brahim’s Dewina.

Kumpulan Brahim’s Dewina merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, yang disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha menyokong keperluan masyarakat menjelang Ramadan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top