Business

Brahim’s dianugerahkan ‘Katerer Paling Ditambah Baik Di Seluruh Dunia’

Gambar Brahim's Food

Brahim’s Food Services Sdn Bhd telah dianugerahkan “Best Improved Caterer Worldwide” (Katerer Paling Ditambah Baik Di Seluruh Dunia) dalam kategori Anugerah Kualiti Kebersihan oleh Japan Airlines.

Sijil Anugerah disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan keselamatan Japan Airlines, Ms lchihara, kepada Encik Faizal Rosli Datuk Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Brahim’s Food Services Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Faizal mengucapkan tahniah kepada semua atas usaha kuat, kerja keras dan keazaman anda dalam menjayakan Audit Kebersihan Japan Airlines baru-baru ini.

“Kerjasama dan kerja berpasukan anda telah membuahkan kejayaan dan hari ini kami menerima pengiktirafan daripada Japan Airlines. Bersama-sama kami akan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada Japan Airlines!” kata Faizal.

Hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut, Penolong Pengurus, Kumpulan Operasi Katering Japan Airlines, Mr Kamiya Shigeo, dan Ketua Pemasaran Brahim’s Food Services Sdn Bhd Puan Siti Sarah.

Dalam memastikan makanan yang dibekalkan adalah selamat, terjamin dan boleh dipercayai pelanggan, Kumpulan Japan Airlines mengimplimentasikan sistem pengurusan keselamatan makanan bagi anak syarikat yang disatukan.

Japan Airlines juga kerap mengendalikan audit kebersihan di ‘lounge’ kendalian sendiri dan 2 kali setahun ke atas katerer di semua tapak operasi bagi memastikan piawaian pengurusan kebersihan adalah sesuai dengan jenama JAL yang dikawal ketat.

Manual Pengurusan Kebersihan yang berlandaskan undang-undang dan Codex berkaitan setiap negara, mentakrifkan piawaian kebersihan yang perlu dipatuhi, termasuk ‘risk judgment criteria’, item semakan audit dan kaedah analisi trend ‘near miss’.

Dengan itu, pengendali katering dan lounge telah memantapkan prosedur dalam memastikan pengurusan bersesuaian dengan kandungan Manual Pengurusan Kebersihan.

 

PALING POPULAR

To Top