Food Aid Foundation telah melaksanakan usaha bantuan makanan untuk komuniti yang terjejas akibat banjir di Kelantan sejak 29 November 2024.
Usaha ini semakin diperkukuhkan pada 12 Disember apabila Brahim’s menyumbangkan makanan sedia dimakan, pes, dan air mineral, yang membantu kami untuk memberikan bantuan dengan lebih cepat dan berkesan.
Pes-pes Brahim’s seperti Asam Pedas, Masak Merah, dan Rendang memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan panas kepada ratusan orang pada satu masa.
Pes-pes berkualiti tinggi dan sedia digunakan ini, bersama sumbangan dari penaja lain, memastikan usaha bantuan banjir dapat memenuhi keperluan mendesak mangsa banjir pada masa yang kritikal ini.
Menurut kenyataan, sehingga kini, Brahim’s telah menyediakan dan mengedarkan:
• Lebih 4,250 pek makanan panas menggunakan kombinasi pes tajaan dan bahan segar.
• Lebih 1,500 beg makanan yang mengandungi hidangan sedia dimakan Brahim’s seperti Bubur Lambuk, Mi Goreng Ayam, Nasi Goreng Ayam, Sardine, Bubur Ayam, Nasi Goreng Pedas, dan Air Mineral Brahim’s.
Usaha bantuan ini telah sampai ke kawasan-kawasan yang terjejas di Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pengkalan Chepa, dan terutamanya Kuala Krai, yang mana keperluan makanan amat mendesak, memberi keluarga-keluarga yang terjejas makanan berkhasiat di tengah-tengah cabaran yang mereka hadapi.
“Produk Brahim’s amat memudahkan dalam usaha bantuan ini, terutamanya pes-pes yang sedia digunakan, yang membolehkan kami menyediakan makanan dalam kuantiti besar dengan cepat tanpa menjejaskan rasa. Sumbangan mereka, bersama sokongan dari penaja lain, memainkan peranan penting dalam memastikan kami dapat bertindak pantas dan berkesan bagi memenuhi keperluan mangsa banjir,” kata Afraz Said, Pengurus Besar Food Aid Foundation.
“Inisiatif Bantuan Banjir Kelantan ini memperlihatkan betapa pentingnya kerjasama antara organisasi dalam memberi respon kepada bencana, menunjukkan bagaimana kita semua dapat membuat perbezaan besar semasa krisis” kata Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina.