Caring Pharmacy dengan bangganya melancarkan rangkaian produk terbaharu mereka, ‘Mom and Cutie’ dalam kehangatan menyambut ulang tahun yang ke-30.
Majlis penuh gilang gemilang itu telah pun berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama , Aras Bawah, Centre Court di mana agenda utama mereka juga adalah Karnival Kesihatan & Kecantikan.
Acara ini telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang; Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Cik Wong Siew Lai; Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) BIG-CARING Group dan Encik Loo Jooi Leng; Pengarah Pemasaran CARiNG Pharmacy.
Majlis ini turut dihadiri oleh pempengaruh dan personaliti, yang terdiri daripada ibu-ibu dan kanak-kanak terkenal, termasuk Siow Hui Mei; Hos TV Astro, Maryam Younarae; Selebriti dan Usahawan Malaysia, Hans Lim; Pempengaruh Kanak-kanak dan Dr Chin Wai Seong; Pakar Perunding Pediatrik.
Menyokong Keibubapaan Moden
Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan Caring Pharmacy, menekankan kepentingan rangkaian produk baharu ‘Mom and Cutie’.
Beliau menyatakan, “Menjadi ibu bapa adalah satu perjalanan yang indah, namun penuh dengan cabaran di liku liku kehidupan. Caring Pharmacy senantiasa memahami dan mendalami keperluan ibu-ibu zaman kini yang mengutamakan kesihatan fizikal dan mental seluruh ahli keluarga mereka.
‘Mom and Cutie’ bukan hanya sekadar rangkaian produk, tetapi juga sebagai platform untuk sokongan menyeluruh kepada ibu bapa melalui konsultasi percuma, promosi eksklusif, buku panduan ibu bapa dan bengkel, ganjaran tambahan Caring Points serta penebusan hadiah.”
Rangkaian produk ‘Mom and Cutie’ menampilkan lebih daripada 200 jenama terkenal yang sinonim dalam penjagaan ibu dan bayi, menjadikan Caring Pharmacy destinasi utama untuk pembelian lampin, susu tepung, makanan dan snek bayi, penjagaan diri, vitamin dan suplemen untuk ibu mengandung atau baru bersalin serta anak-anak mereka.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen berterusan Caring Pharmacy untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan boleh diakses oleh semua komuniti, termasuk ibu-ibu dan anak-anak mereka.
Bagi memastikan ibu bapa dan bayi menerima penjagaan yang diperlukan, ahli farmasi Caring dilatih secara profesional dalam penyusuan susu ibu, pemakanan, penjagaan selepas bersalin, laktasi, perkembangan bayi, formula bayi dan banyak lagi untuk menyokong ibu bapa yang masih baru dalam dunia membesarkan anak anak.
Pelancaran Mom & Cutie, telah diserikan dengan pemberian beg tote ‘Mom & Cutie’, sebuah beg tote rajutan yang comel berwarna merah jambu atau biru dan diisi dengan baucar hadiah, produk penjagaan ibu dan bayi, serta buku panduan ‘Mom & Cutie’ yang mengandungi tips dan panduan untuk menangani kebimbangan umum ibu bapa baru.
Sambutan Ulang Tahun ke-30
Bagi memperingati hari yang bersejarah ini, Caring Pharmacy mengadakan Karnival Kesihatan dan Kecantikan dari 25 hingga 30 Jun 2024 (Selasa – Ahad) di Pusat Membeli-belah 1 Utama, Aras Bawah, Centre Court. Karnival ini menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik yang direka khas untuk berkongsi kegembiraan ulang tahun ke-30 ini bersama pelanggan setia, termasuklah:
● Pemeriksaan Kesihatan Percuma
● Hadiah dengan Pembelian
● Layanan Eksklusif Ahli Caring
● Penebusan Hadiah dengan
Caring Points
● Permainan dan Aktiviti Menarik yang Percuma
● Stesen Seni & Kraf Percuma untuk Kanak-kanak
● 2X Caring Points
● Tawaran Eksklusif daripada 15 Jenama
*Terma & Syarat dikenakan
Para pembeli boleh menikmati semua tawaran promosi yang berlangsung selama 6 hari di Karnival Kesihatan dan Kecantikan yang mempamerkan 15 jenama berbeza termasuk Cetaphil, Gillette, Hada Labo, Herbal Essences, Herbs of Gold, KA’FEN, Karihome, Kordel’s, Nature’s Way, Offspring, Oral-B, Pantene, Rosken, Sambucol dan Zennlab & Pharmasen.
Dahulunya hanya sebuah farmasi komuniti kecil pada tahun 1994, CARiNG Pharmacy kini telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan lebih daripada 250 kedai di seluruh negara. Semua tawaran hebat dan aktiviti di Karnival Kesihatan & Kecantikan ini merupakan tanda apresiasi atas sokongan pelanggan setia selama lebih 30 tahun dan untuk masa yang mendatang.
“Kami sentiasa mempunyai impian yang besar – untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia. Di Caring, semua orang diberi perhatian sepenuhnya. Ahli farmasi kami dilatih untuk memenuhi keperluan kesihatan khusus anda, tidak kira besar atau kecil. Setiap pemeriksaan kesihatan, ubat yang disediakan, kaunseling kesihatan, perbualan dan ketawa yang dikongsi tidak akan mungkin berlaku tanpa sokongan dan kepercayaan anda selama ini. Kami akan terus berpegang pada motto kami – CARiNG adalah Profesion Kami,” kata Encik Chong.
Dijemput para pembaca untuk menyertai sambutan ini di Pusat Membeli-belah 1 Utama, Aras Bawah, Centre Court dari 25 hingga 30 Jun 2024 (Selasa – Ahad) untuk satu festival kesihatan, kecantikan, dan keluarga. Bersama-sama, kita dapat menuju ke arah hari esok yang lebih sihat.