Gaya Hidup

Casio bakal Lancar EDIFICE Memperingati Ulang Tahun ke-50 TOM’S

Gambar Casio

Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran tambahan terkini kepada barisan jam tangan EDIFICE yang berasaskan kepada konsep jenama “Kepantasan & Kecerdasan.” Edisi Ulang Tahun ke-50 TOM’S EFS-S641TMS menampilkan motif reka bentuk berasaskan kepada kereta lumba TOM’S KP47 Starlet bersejarah, yang menjadikan TOM’S sebagai suatu sensasi semalaman dengan beberapa kemenangan mencatat rekod.

TOM’S merupakan pasukan lumba Jepun terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan jenama EDIFICE pula menjadi rakan kongsi rasmi sejak tahun 2013. Pada peringkat awal TOM’S, Starlet KP47 yang istimewa memperoleh tempat yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah pasukan ini selepas membawakan rentetan kemenangan perlumbaan jelajah kecil yang mengagumkan pada tahun 1970-an, termasuk 22 petak pertama, 20 kemenangan dan 3 kemenangan juara siri.

EFS-S641TMS baharu ini merupakan kolaborasi antara TOM’S serta EDIFICE dan ia menggabungkan unsur-unsur reka bentuk daripada perincian kereta lumba TOM’S KP47 Starlet legenda bagi memperingati ulang tahun ke-50 TOM’S. Bahagian muka jam dan gelung tali jam kulit menampilkan warna badan kereta lumba khas ini iaitu putih, merah dan hijau. Gelung tali jam logam mempunyai bentuk tirus dan dua lubang berlainan saiz, menonjolkan lengan lekap cermin sisi kereta lumba ini.

EFS-S641TMS

Muka jam tangan ini mempunyai sepasang dail inset yang diilhamkan oleh bentuk ikonik roda Igeta asli daripada TOM’S. Dail inset ini menggunakan bentuk tersendiri jejari roda berkenaan, yang kelihatan seperti tanda tajam (#), dalam bentuk siluet, bagi memastikan banyak cahaya melaluinya untuk memberi kuasa kepada jam tangan. Corak sarang lebah pada kedudukan pukul 3, yang menampilkan reka bentuk lut cahaya menggunakan binaan dwilapisan, diilhamkan oleh geriji depan kereta lumba ini, dengan warna ungu di bahagian bawahnya mengingatkan kepada penutup kepala silinder enjin. Menzahirkan minat terhadap reka bentuk sehinggalah kepada butiran terkecil, EFS-S641TMS benar-benar menonjolkan rupa jentera lumba legenda yang mencetuskan sensasi dalam dunia sukan permotoran tahun 1970-an, sekali gus menyampaikan keazaman TOM’S untuk terus berlumba selama 50 tahun lagi.

 

PALING POPULAR

To Top