Umum

Chow Kon Yeow tak pasti akan pertahan jawatan DAP

Gambar Facebook

Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow masih tidak pasti jika beliau dicalonkan untuk mempertahankan jawatan dalam parti, walaupun pencalonan untuk pemilihan peringkat negeri ditutup pada Sabtu lalu.

Menurut Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau hanya akan tahu dalam sehari, dua ini sama ada dirinya dicalonkan sekurang-kurangnya 2 cawangan DAP di Pulau Pinang, yang merupakan kriteria untuk bertanding.

Katanya, sekiranya dicalonkan, beliau akan pertimbangkan selain menyatakan dalam DAP Pulau Pinang, kita ada dua minggu untuk mempertimbangkan pencalonan kita dan memberi maklum balas, katanya di luar sebuah acara di sini.

Beliau berkata, proses penamaan calon sulit dan beliau hanya akan tahu dirinya dicalonkan selepas menerima makluman daripada ibu pejabat parti.

Pengerusi DAP negeri biasanya memegang jawatan ketua menteri. Bagaimanapun, protokol ini tidak dipatuhi apabila Lim Guan Eng memegang jawatan ketua menteri selama dua penggal dari 2008 hingga 2018.

Oktober lalu, Chow dilaporkan mendakwa orang di dalam dan luar parti merancang menyingkirkannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Beliau kemudian berkata, ia disebabkan beberapa isu, khasnya penjualan tanah kepada syarikat swasta oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau kemudian menarik balik dakwaan itu dan menyatakan dirinya hanya bercakap tentang keadaan sebelum PRN Ogos 2023.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top