Umum

Citarasa Tradisi Pahang Jadi Tarikan Iftar Ramadan di Resorts World Awana

Citarasa Tradisi Pahang Jadi Tarikan Iftar Ramadan di Resorts World Awana

GENTING HIGHLANDS — Sempena ketibaan bulan suci Ramadan, Resorts World Awana tampil dengan pengalaman berbuka puasa istimewa menerusi bufet bertemakan “Iftar Pahang Timur-Barat”, yang mengangkat keunikan citarasa dan tradisi kulinari negeri Pahang.

Diperkenalkan sebagai ruang untuk menghimpunkan keluarga, sahabat dan komuniti, pengalaman iftar ini mencerminkan nilai kebersamaan, kemesraan serta keharmonian yang menjadi inti pati Ramadan, sambil membawa pengunjung menyelusuri kekayaan warisan makanan tempatan.

Pengalaman berbuka dimulakan di sudut pilihan kurma yang menyajikan pelbagai kurma tempatan dan import, sebelum diteruskan dengan rangkaian manisan tradisional di bawah tema “Semanis Tradisi, Selembut Dirasa”. Antara kuih warisan yang ditampilkan termasuk kuih lapis, onde-onde, seri muka, akok, bingka, tepung pelita dan badak berendam, yang membangkitkan nostalgia rasa Ramadan klasik.

Sajian turut dilengkapi buah-buahan tempatan segar, jeruk gaya Nyonya serta kaunter Bubur Warisan Pahang yang menawarkan bubur-bubur tradisional yang dinikmati merentas generasi.

Keseluruhan ruang makan disusun mengikut konsep bahagian kulinari yang menampilkan kepelbagaian citarasa Pahang, merangkumi pengaruh bandar, pesisir pantai dan gaya santapan tempatan. Antara tarikan utama termasuk Champion Kambing Golek, makanan laut goreng segar di kaunter Celup Tepung Beserah, serta pelbagai sup beraroma yang dihidangkan bersama roti Benggali.

Pada hujung minggu, pengunjung turut berpeluang menikmati makanan laut bakar berinspirasikan Tanjung Lumpur, selain pilihan popular seperti satay, otak-otak, murtabak, roti john, shawarma, nasi kandar, laksa, mi serta pelbagai kudapan goreng.

Menjadi kemuncak bufet, hidangan utama mengetengahkan menu berakar daripada tradisi masakan tempatan, termasuk rendang tok, ayam masak merah, ayam kerutuk, gulai kawah daging, patin masak tempoyak, singgang daging serta aneka kari yang dilengkapkan dengan pilihan nasi beraroma dan sayur-sayuran klasik.

Bagi melengkapkan pengalaman berbuka, pencuci mulut dingin seperti ais krim, ais batu campur dan cendol turut disajikan, bersama pilihan minuman popular antaranya sirap bandung, teh tarik serta minuman berasaskan buah-buahan tempatan.

Bufet “Iftar Pahang Timur-Barat” ini ditawarkan setiap hari bermula 20 Februari hingga 20 Mac 2026, dari jam 6.30 petang, dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak.

Menerusi inisiatif ini, Resorts World Awana meneruskan komitmennya dalam menyajikan pengalaman santapan bermusim yang bermakna, menghargai tradisi tempatan sambil mewujudkan suasana Ramadan yang meriah dan penuh kemesraan.

Selain di Resorts World Awana, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai tawaran Ramadan bermusim di sekitar resort. Di Jom Makan SkyAvenue (Aras G), set Setalam Ramadan ditawarkan dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bermula jam 2 petang, pada harga RM45.

Sementara itu, Jom Makan Street Food (Aras 4) memperkenalkan promosi Aneka Kerabu sepanjang tempoh yang sama dari jam 3 petang hingga 8 malam, dengan pilihan kerabu tradisional serta minuman seperti air jagung, bandung cincau bersama ais krim vanila dan teh limau ais.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi Resorts World Awana atau melayari laman web rasmi di rwgenting.com.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top