Umum

Pendaftaran Dibuka untuk Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025 di Kuala Lumpur

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi utama pembangunan syarikat pemula peringkat awal di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hari ini mengumumkan bahawa pendaftaran kini dibuka bagi Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025, yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 November 2025.

Dengan tema “Scaling Startups Beyond Borders”, sidang kemuncak ini bakal menghimpunkan usahawan, pelabur, pemimpin korporat dan pembuat dasar dari seluruh ASEAN dan pasaran global. Acara ini akan menonjolkan syarikat pemula berimpak tinggi dalam pelbagai bidang teknologi termasuk Kecerdasan Buatan (AI), FinTech, HealthTech, dan AgriTech, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia dalam mendorong kerjasama serantau serta peluang pelaburan, selaras dengan peranan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Sorotan Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025

  • Tiga hari penuh sesi untuk mencetus idea baharu, menghubungkan pengasas dengan pelabur, dan melonjakkan syarikat pemula ke pasaran serantau serta global.
  • Kehadiran hampir 100 penceramah berpengaruh dari ASEAN dan pasaran global.
  • Penyertaan 10 Negara Anggota ASEAN.
  • Lebih 3,000 peserta termasuk pengasas startup, inovator, pelabur, penggerak ekosistem, dan rakan serantau.
  • Peluang eksklusif membina rangkaian rentas sempadan, menarik pelaburan, serta mengembangkan inovasi ke peringkat lebih luas.

Sidang ini juga mencatat sejarah sebagai persidangan startup pertama yang mendapat pengiktirafan rasmi ASEAN, menegaskan komitmen kolektif rantau ini terhadap inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital.

Orang ramai yang berminat menyertai sidang kemuncak perdana ekosistem inovasi ASEAN ini boleh mendaftar di cradle.com.my/cradlelive.

Tentang Cradle Fund Sdn Bhd

Sejak ditubuhkan pada 2003, Cradle telah membiayai lebih 1,200 syarikat pemula teknologi, dengan kadar pengkomersialan tertinggi antara geran kerajaan. Cradle juga mengendalikan MYStartup, platform sehenti bagi pembiayaan, pembangunan kapasiti, dan akses pasaran untuk startup Malaysia.

Melalui program geran seperti CIP Spark dan CIP Sprint, Cradle menyokong pembangunan idea dan pengkomersialan syarikat pemula. Di peringkat serantau, Cradle mengetuai platform Startup ASEAN, menghubungkan dan memperkasakan syarikat pemula di seluruh Asia Tenggara, menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi serantau yang semakin berdaya saing.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top