Umum

Cukai dividen sebanyak 2% bermula tahun taksiran 2025

Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas

pendapatan dividen.

Dalam pembentangan belanjawan 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan cukai individu yang bermula tahun taksoran 2025 tersebut melibatkan pendapatan dividen melebihi 100 ribu ringgit yang diterima oleh pemegang saham individu.

Menurut beliau, ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.

Bagaimanapun, pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen

daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.

Sementara itu, bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam.

“Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado”, kata beliau.

Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewanganberasaskan fi.

Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta

industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan

dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat

terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Sehubungan itu, kerajaan bercadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri.

 

 

PALING POPULAR

To Top