Umum

Culas Bayar Cukai Jalan Kereta Mewah Bernilai RM35.7 Juta

Gambar Facebook

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook hari ini mendedahkan bahawa sejumlah RM35.7 juta tunggakan cukai jalan dicatatkan melibatkan ribuan kenderaan mewah termasuk Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari dan Porsche.

Lebih mengejutkan, antara pemilik kenderaan tersebut termasuklah tokoh perniagaan ternama, namun identiti mereka tidak didedahkan.

Statistik Kenderaan & Tunggakan

Menurut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

  • 345 kereta Rolls-Royce – RM6.4 juta
  • 372 Lamborghini – RM3.7 juta
  • 660 Bentley – RM7 juta
  • 675 Ferrari – RM4.7 juta
  • 4,308 Porsche – RM13.7 juta

Kompaun Lebih Murah Dari Cukai Jalan?

Loke turut kesal kerana ada pemilik yang sengaja menunggu kenderaan mereka disita, memandangkan kompaun hanya RM300 dianggap lebih murah berbanding jumlah cukai jalan yang perlu dibayar.

“Jika kenderaan itu masih digunakan di jalan raya, mereka wajib membayar lesen kenderaan motor (LKM) serta mempunyai insurans sah,” tegasnya.

Ops Luxury Dilancar

JPJ kini melaksanakan Ops Luxury bagi menyita kenderaan mewah tanpa cukai jalan dan insurans sah. Setakat beberapa bulan kebelakangan ini, lebih 400 kenderaan telah dirampas, walaupun tidak semua dilaporkan di media.

Menteri Pengangkutan turut memberi amaran bahawa tindakan lebih drastik bakal diambil jika pemilik masih berdegil, sambil menyeru mereka melupuskan kenderaan yang sudah tidak digunakan bagi mengelakkan rekod tunggakan.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top