Umum

Cuti am Malidur Rasul, Hari Malaysia bertindih hari sama, tiada cuti gantian automatik

Gambar Hiasan

Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 September 2024 meskipun berlaku pertindihan hari kelepasan am Maulidur Rasul dan Hari Malaysia, yang kedua-duanya jatuh pada 16 September 2024.

Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu, menurut pengumuman itu.

 

 

Sumber FMT

 

 

PALING POPULAR

To Top