Business

Datuk Wira Shahul Hameed Dawood Dilantik Pengarah Urusan & CEO Kumpulan Baharu Green Packet

KUALA LUMPUR:
Green Packet Berhad secara rasmi mengumumkan pelantikan Datuk Wira Shahul Hameed Dawood sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharu, berkuat kuasa serta-merta mulai 21 Julai 2025.

Pelantikan ini menandakan langkah strategik syarikat untuk memacu penjenamaan semula dan memperkukuh kedudukan Green Packet dalam landskap digital serantau.


Dalam satu kenyataan di akaun peribadinya, Shahul berkata beliau berbesar hati menerima kepercayaan ini dan berhasrat memacu Green Packet ke arah transformasi lebih inklusif dan memberi impak bermakna.

“Green Packet pernah dikenali sebagai salah satu syarikat unicorn teknologi perintis Malaysia — bukti cita-cita besar dan semangat inovasi syarikat ini. Hari ini, Green Packet memiliki potensi besar untuk terus berkembang menjadi platform transformasi, keterangkuman dan impak positif,” katanya.


Shahul Hameed Dawood berpengalaman lebih 30 tahun, termasuk peranan terdahulu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRD Corp) — memimpin pelbagai agenda pembangunan bakat negara bersama sektor industri, akademik dan rakan antarabangsa.

Reputasi beliau di peringkat global terserlah menerusi kepimpinan kolaboratif dan keupayaan membina rangkaian strategik merentas pelbagai sektor.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi & Lembaga Pengarah Green Packet atas keyakinan yang diberikan, sambil menekankan komitmennya untuk memimpin syarikat ke arah pertumbuhan digital yang lebih inklusif dan lestari.


Green Packet optimis kepimpinan baharu ini akan mengukuhkan kepercayaan pelabur dan rakan kongsi, di samping membuka peluang baharu di peringkat serantau.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top