Umum

Dipercayai tertinggal dalam kereta, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun maut.

Gambar PDRM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemukan sudah meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta selama 7 jam di Ara Damansara, di Petaling Jaya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima panggilan ibu mangsa yang berusia 30an aekita jam 3.49 petang, menyatakan anaknya tidak sedarkan diri di rumah.

Hasil siasatan mendapati, ibu mangsa telah menghantar 2 anaknya ke sekolah dan seterusnya pergi ke tadika untuk menghantar mangsa, pada sekitar jam 7 pagi.

Setibanya di tadika, ibu mangsa telah berhenti seketika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

Ibu mangsa kemudiannya terus pulang ke rumah, namun hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada sekitar jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa telah membuat panggilan kecemasan dan telah memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian,” katanya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan namun telah disahkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pada hari Khamis,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top