Umum

Diskaun pembayaran balik PTPTN sehingga 15 peratus bermula 14 Oktober

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Dalam pembentangan belanjawan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif diskaun dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza.

Katanya, hutang mesti dibayar, bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.

Kadar diskaun adalah :

  1. Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  2. Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  3. Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top