Business

Diskaun Sehingga 88%! Resorts World Genting Rai Ulang Tahun ke-60 dengan Promosi Eksklusif di MATTA Fair 2025

Sempena sambutan ulang tahun ke-60, Resorts World Genting (RWG) dengan sukacitanya mengumumkan pelbagai promosi hebat dan hadiah menarik yang bakal menanti pengunjung di MATTA Fair 2025! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk merancang percutian penuh ganjaran dan kenangan manis di pusat peranginan resort bersepadu di Malaysia.

MATTA Fair 2025 akan berlangsung dari 18 hingga 20 April 2025, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam, bertempat di Aras 1, Dewan Domestik, reruai 1L01–1L12, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, di mana para pengunjung boleh mengunjungi Resort World Tours untuk mendapatkan pelbagai promosi dan tawaran menarik sepanjang tempoh pameran.

Pengunjung boleh mendapatkan tawaran luar biasa, termasuk diskaun sehingga 88% untuk penginapan hotel terpilih dan 66% potongan untuk tiket taman tema. Ini adalah masa terbaik untuk menikmati percutian berbaloi bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, pengunjung juga boleh menempah bilik hotel dengan harga istimewa — hanya RM600 untuk penginapan di hotel mewah Crockfords, atau serendah RM59 di Hotel First World yang terkenal.

Menambah keterujaan, RWG turut menawarkan Promosi Waktu Istimewa, di mana pengunjung boleh menempah bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana pada harga hanya RM60, eksklusif pada waktu-waktu tertentu. Sementara itu, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM66 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi Interactive 60th Anniversary Wall. Bagi mereka yang berbelanja RM600 ke atas, atau membeli pas Unlimited X-Perience, akan menerima Set Hadiah Ulang Tahun ke-60 yang eksklusif, sebagai cenderamata istimewa sempena sambutan bersejarah ini.

Bukan itu sahaja! Pengunjung juga boleh meneroka tawaran menarik daripada Resorts World Cruises dan Malaysia Airlines di reruai yang sama, iaitu Resort World Tours. Nikmati percutian pelayaran yang menakjubkan dengan pelayaran selama 2 atau 3 malam dari Melaka atas kapal Genting Dream, serendah RM375 seorang. Promosi Star Voyager pula menawarkan pakej bernilai tinggi seperti Twin Bundle Deals dari RM1,899, Buddy Pass dengan potongan 50% untuk tetamu kedua, serta promosi Palace dengan diskaun sehingga 60%. Bagi mereka yang ingin menikmati pelayaran lebih panjang, terdapat juga pakej 5 malam dari Melaka ke Pulau Pinang bermula dari RM2,399.

Dalam masa yang sama, Malaysia Airlines menawarkan tambang penerbangan domestik yang tidak boleh dilepaskan – serendah RM21 sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi di Semenanjung Malaysia, dan dari RM105 ke destinasi di Malaysia Timur. Inilah peluang terbaik untuk anda menjelajah keindahan negara tanpa berbelanja besar.

Semua promosi istimewa ini hanya boleh didapati secara eksklusif di reruai Resorts World Tours sepanjang MATTA Fair 2025. Ia merupakan usaha berterusan RWG dalam memastikan setiap pengunjung menerima pengalaman yang menyeronokkan dan penuh penghargaan.

Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, RWG, “Kempen ini adalah tanda penghargaan kami atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang enam dekad ini. Sebagai meraikan ulang tahun ke-60, kami komited untuk terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna melalui tawaran menarik dan ganjaran istimewa, sama ada untuk pengunjung setia mahupun mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Resorts World Genting.”

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Resorts World Genting di MATTA Fair 2025, sila layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi RWG.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top