Umum

Disyaki eksploitasi kanak-kanak kutip derma, Global Ikhwan disiasat

Polis menjalankan siasatan terhadap Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) kerana disyaki terlibat aktiviti eksploitasi kanak-kanak.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, modus operandi organisasi itu dikesan mengeksploitasi ahli dan kanak-kanak melalui penubuhan rumah amal serta kebajikan bagi tujuan kutipan derma.

Beliau berkata, organisasi itu yang dipercayai serpihan daripada kumpulan ajaran sesat turut berada dalam senarai pemantauan Cawangan Khas polis.

“Daripada senarai dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri sebanyak 154 ajaran sesat dipantau.

Di pihak polis pula, kita ada 114 yang mana daripada jumlah ini, kira-kira 14 kumpulan aktif, manakala lapan lagi di dalam pemantauan termasuklah GISB, katanya dilaporkan Kosmo.

Ayob berkata, ahli organisasi itu juga dipercayai tidak dicarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain dikenakan tindakan kuarantin jika melakukan kesalahan.

Katanya, ada kemungkinan laporan terhadap kegiatan GISB dibuat di negeri lain, mengambil kira empat diterima di sekitar Selangor.

Kes ini disiasat bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 200 kerana mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip dana, derma dan sebagainya, katanya.

 

PALING POPULAR

To Top