Buletin

Dulu Diejek & Dihina, ‘Gadis Chipsmore’ Kini Popular

Seorang gadis berasal dari Kota Kinabalu yang memiliki tahi lalat di seluruh badannya mendapat perhatian ramai apabila kisahnya viral di media sosial.

Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, memiliki keistimewaan itu sejak lahir, namun dia sering diejek dan dihina oleh rakan-rakannya.

Evita yang berdarah campuran Filipina pernah digelar raksasa ‘Chipsmore’. Namun, gadis manis ini tidak berputus asa dan lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita sebagai model.

 

“Saya pernah menangis dan menyalahkan takdir kerana dilahirkan sebegini.

“Namun setelah masuk ke sekolah menengah, saya ada sahabat yang baik dan dari situlah saya mula yakin untuk berkawan dengan orang lain.

“Selain mendapat perhatian kerana memiliki wajah yang istimewa, saya juga turut dijadikan inspirasi kepada remaja lain yang memiliki kekurangan agar yakin dengan diri sendiri.

“Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi jangan tunjukkan kekurangan, sebaliknya tonjolkan kelebihan yang kita ada,” katanya kepada Harian Metro.

Evita yang kini memiliki 20 ribu pengikut di Instagram, bakal menyertai uji bakat pertandingan ratu cantik di Kota Kinabalu.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top