Selebriti

Eina Azman dan suami positif COVID-19 di hari ulang tahun perkahwinan

PELAKON Datin Paduka Eina Azman serta suami dan dua orang pembantu rumah telah disahkan positif COVID-19.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram pelakon berkenaan pada Selasa.

Sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan COVID-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.

Namun takdir mengatasi segalanya. Mereka tetap dijangkiti. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.

Lebih menyedihkan lagi, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaise disahkan positif COVID-19 hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut Eina, ketika ini dia dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.

β€œSekarang saya dah mula demam panas dan mula. Cuma keadaan suami saya kurang baik kerana demam terlalu panas dan paras oksiden dia turun naik,” tulisnya.

β€œSaya minta tolong semua doakan kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.

“Kepada sesiapa yang kontak rapat dengan kami, kalau rasa tidak sihat, tolong pergi lakukan ujian saringan ya. Jika sesiapa yang ada pengalaman dengan COVID-19, tolong kongsikan kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan,” tambahnya.

Artikel asal disiarkan di Keluarga.

PALING POPULAR

Copyright Β© 2021

To Top