Business

Eye Level Malaysia meraikan 20 tahun kecemerlangan dalam pendidikan

Gambar Eye Level Malaysia

Eye Level Malaysia, pada mulanya dikenali sebagai E.nopi, dengan bangga meraikan ulang tahun ke-20 bulan ini.

Setelah berdedikasi memupuk minda muda dan menggalakkan kecemerlangan akademik, pencapaian ini menandakan kejayaan yang besar, signifikan serta merupakan bukti komitmen dalam penyediaan program pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Eye Level Malaysia telah berkembang daripada satu pusat pembelajaran kepada rangkaian pusat seluruh negara dengan lebih daripada 100 pusat dengan tenaga pengajar yang bertauliah.

Pengurus Negara Eye Level Malaysia, Brian Kim berkata pihaknya amat berbangga untuk meraikan 20 tahun Eye Level Malaysia.

Menurutnya “Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan pendidikan dan kepercayaan oleh ibu bapa dan murid kepada kami.

“Ketika ini, kami ingin melihat ke masa depan, kami kekal berdedikasi untuk mengembangkan dan meningkatkan program kami untuk terus berkembang dan meningkatkan program kami memenuhi keperluan pelajar kami yang semakin berubah.”

Falsafah Eye Level ‘Pembelajaran yang Sentiasa di Tahap Anak Anda’ mendorong misinya untuk menyediakan program pembelajaran yang disesuaikan dalam Matematik dan Bahasa Inggeris. Dengan menekankan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah, Eye Level menyediakan pelajar bukan sahaja untuk kejayaan akademik tetapi juga untuk cabaran dunia sebenar.

Eye Level Malaysia merancang untuk memperluaskan jangkauannya dan memperkenalkan program baru yang inovatif, Eye Level komited untuk membentuk masa depan pendidikan di Malaysia.

Bulan Julai ini, ambillah peluang untuk mendaftarkan anak anda dan nikmati promosi ulang tahun ke-20 kami yang istimewa. Untuk setiap pendaftaran baru, anda akan menerima satu Set Blok Eye Level edisi terhad. Daftar di myeyelevel.com atau hubungi: 1-300-88-0909 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melawat mana-mana pusat Eye Level di seluruh negara.

PALING POPULAR

To Top