Umum

Faisal Halim kembali beraksi, disenaraikan pemain simpanan menentang Terangganu FC

Gambar FB Faisal Halim

Pemain Selangor FC Faisal Halim yang masih dalam proses pemulihan disenaraikan sebagai pemain simpanan pada separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 malam tadi.

Selangor menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 selepas tewas 2-3 dalam aksi pertama.

Sejurus memasuki padang pemain sayap berusia 26 tahun itu bersujud di tepi padang sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton di Stadium MBPJ.

Faisal turut kelihatan memakai topeng muka berwarna hitam dipercayai bagi melindungi bekas luka simbahan asid yang dalam proses untuk sembuh.

Faisal menjalani proses pemulihan susulan insiden di sebuah pusat beli-belah yang mengakibatkan kecederaan melecur tahap empat pada beberapa anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi selama kira-kira 10 hari.

Sementara itu, Selangor FC terus mara ke arah kejuaraan sulung dalam tempoh sembilan tahun selepas mengesahkan tempat di final Piala FA 2024/2025 dengan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua tadi.

Kapten Selangor Muhammad Safuwan Baharudin muncul wira pasukan dengan jaringan hatriknya untuk memastikan Gergasi Merah menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-4.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top