Tatkala negara-negara di seluruh Asia berusaha untuk mencapai kemajuan dalam peralihan tenaga mereka di tengah-tengah tindakan iklim yang semakin meningkat di peringkat global, GE Vernova Inc. (NYSE: GEV) tetap komited untuk menangani trilema tenaga iaitu kemampuan, keandalan dan kemampanan di rantau ini dan akan mengambil bahagian sebagai Penaja Platinum di Enlit Asia 2024 yang akan datang.
Menurut International Energy Agency, negara-negara di Asia akan menggunakan separuh daripada tenaga elektrik di dunia pada tahun 2025. Dengan sektor kuasa Asia menyumbang sebanyak 49% daripada emisi gas rumah hijau rantau ini, peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih menyokong keperluan kritikal untuk menyahkarbonkan sektor kuasa Asia dan juga memastikan tenaga elektrik yang lebih andal dan boleh dicapai untuk populasi yang berkembang pesat.
Pengunjung ke pameran GE Vernova di Enlit Asia – Reruai Q01 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia – akan berpeluang mendapat pengalaman yang imersif tentang teknologi dan inovasi terkini GE Vernova merentas ekosistem penjanaan kuasa, tenaga angin dan pengelektrikan sepanjang 8 – 10 Oktober 2024. Di samping itu, pakar industri daripada GE Vernova juga akan mengetuai perbualan penting, diadakan semasa persidangan ini bagi membincangkan isu-isu tenaga yang berkaitan dan amalan terbaik bersama pihak berkepentingan industri lain bagi membantu memajukan tenaga berpatutan, andal dan mampan demi perjalanan sifar bersih Malaysia dan Asia. Berikut merupakan petikan sesi utama di mana pemimpin GE Vernova akan menyampaikan ucapan kepada khalayak.
- [Ucaptama] Membentuk Peralihan Tenaga Serantau – Dari Malaysia hingga Selanjutnya
Penyampai: Ramesh Singaram, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Asia, Kuasa Gas, GE Vernova - Memanfaatkan Inovasi Teknologi bagi Meningkatkan Kecekapan Tenaga
Penyampai: Kazunari Fukui, Ketua Penyahkarbonan Asia, Kuasa Gas, GE Vernova - Mengemudi Kerumitan dalam Menghibridkan Penjanaan Kuasa
Penceramah: Jorge Sanchez, Pengarah Pemasaran Strategik, APAC, Angin Pesisir, GE Vernova - Membina Infrastruktur Grid Didayakan Secara Digital, Bingkas
Penceramah: Shailesh Mishra, Ketua Rantau Asia Pasifik, Integrasi Sistem Grid, GE Vernova
Selain mengambil bahagian dalam program persidangan Enlit Asia, GE Vernova dan pakar industri akan mengehoskan webinar mengenai bagaimana mereka memacu peralihan tenaga di rantau ini. Webinar ini, yang bertajuk ‘Memperkasakan Peralihan Tenaga Asia: Daripada Perancangan hingga Pelaksanaan’ akan berlangsung pada 9 Oktober mulai 15:00 hingga 16:00 MYT. Webinar secara langsung ini memberi peluang untuk disertai sama ada secara bersemuka di reruai GE Vernova atau secara maya melalui Zoom. Untuk butiran lanjut dan untuk mendaftar, kunjungi vernova.is/atEnlitAsia.
“Mencapai matlamat pengelektrikan dan penyahkarbonan serta membolehkan pertumbuhan ekonomi terus menjadi keutamaan mendesak untuk Asia.” kata Ramesh Singaram, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Asia, Kuasa Gas, GE Vernova. “Kadar kemajuan akan bergantung pada kolaborasi yang lebih mendalam merentas sektor awam dan swasta, dengan penggunaan strategik pelbagai sumber tenaga, termasuk tenaga boleh baharu dan kuasa gas; serta pelaburan dalam grid bersama-sama dengan penyelesaian perisian.”
Dengan kira-kira 56,000 turbin angin dan 7,000 turbin gas di peringkat global, pangkalan teknologi global syarikat ini membantu menjana kira-kira 25% daripada tenaga elektrik dunia dan mempunyai peranan bermakna untuk dimainkan dalam peralihan tenaga. Di Asia, GE Vernova, mempunyai kira-kira 18,000 pekerja di lebih 22 negara di rantau ini. Ia berfungsi merentas rantaian nilai elektrik di rantau ini, bermula daripada penjanaan melalui pelbagai sumber kuasa termasuk angin, gas dan banyak lagi, hingga menyediakan penyelesaian penghantaran, pengagihan dan perisian.