Business

Geek Events Capai Kemenangan Besar di Anugerah Acara Pemasaran 2024 di Singapura dan Anugerah AOTY dan MARKies 2024 di Malaysia

Gambar Geek Events

Geek Events teruja untuk mengumumkan pencapaian terbaharunya di Anugerah Acara Pemasaran 2024, apabila memenangi Anugerah Emas bagi Acara Hibrid Terbaik dan dipilih sebagai peserta akhir bagi Acara Berasaskan Pengalaman Terbaik. Anugerah tersebut mengiktiraf komitmen Geek Events untuk memanfaatkan kemajuan teknologi serta daya kreativiti untuk mencipta pengalaman yang mencetus kenangan indah dan membawakan impak yang besar kepada jenama dan juga peserta.

Anugerah Acara Pemasaran 2024, yang diadakan pada 26 Julai di Singapura, meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam dunia pemasaran acara, dan disertai oleh bakat utama dan organisasi terkemuka dari seluruh industri. Geek Events telah meraih Anugerah Emas Acara Hibrid Terbaik di acara berprestij ini, sekali gus membuktikan keupayaan luar biasanya untuk menggabungkan pengalaman dunia sebenar dan maya dengan lancar. Pengiktirafan tersebut, serta kejayaan layak sebagai peserta akhir Acara Berasaskan Pengalaman Terbaik, mengetengahkan kecemerlangan acara Mountain Dew ‘Dew Challenge 2023’, iaitu acara yang bertujuan membawakan perubahan di luar kelaziman dari segi konsep dan penganjuran acara untuk membawakan pengalaman tiada tandingan bagi para pemain di seluruh negara.

Kempen telah diadakan mulai September 2023 sebagai sebahagian daripada Mountain Dew ‘Dew Challenge 2023’. Sejumlah 3.2 juta botol Mountain Dew telah diagihkan ke lebih daripada 3,000 lokasi di seluruh Malaysia. Cabaran tersebut yang berakhir pada 16 Disember 2023, telah menyaksikan penciptaan Dua Rekod Dunia Guinness:

1. Mural Paintball (Bebola Cat) Terbesar: Mural Paintball pecah rekod yang dihasilkan menggunakan 4,715 palet.

2. Paling Ramai Orang Menembak Paintball Secara Serentak: Melibatkan sejumlah 298 peserta yang sungguh mengagumkan.

 

“Kejayaan memenangi Emas bagi Acara Hibrid Terbaik dan layak ke pusingan akhir bagi Acara Berasaskan Pengalaman Terbaik di Anugerah Acara Pemasaran sesungguhnya satu pencapaian luar biasa bagi Geek Events. Kejayaan ini mencerminkan pendekatan inovatif kami, kegigihan pasukan kami yang penuh berdedikasi dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelanggan terhadap kami. Kami bagai ditiup semangat untuk terus mempelopori acara berasaskan pengalaman,” kata Keat Kuang Lim, Pengasas dan Pemimpin Agensi Geek Events. Beliau menambah, “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan, rakan niaga dan penyokong kami. Kerjasama dan kepercayaan mereka menjadi teras kejayaan kami, dan kami kini lebih bermotivasi untuk merintis pengalaman acara yang serba baharu sambil menetapkan penanda aras bagi industri.”

Kejayaan yang dijulang baru-baru ini memanjangkan lagi senarai pencapaian Geek Events, berikutan siri kejayaan dalam acara Agensi Terbaik Tahun Ini (AOTY) dan Anugerah MARKies 2024 pada bulan Jun lepas. Di Anugerah MARKies, Geek Events telah diiktiraf kerana kempen Mountain Dew yang sama, dengan menerima tiga Anugerah Emas berprestij, iaitu: Kempen Permainan Paling Kreatif, Acara Paling Kreatif (Fizikal/Maya), dan Penggunaan Acara Paling Berkesan (Fizikal/Maya).

Di samping itu, Geek Events telah diberi penghormatan di acara Agensi Terbaik Malaysia 2024 (AOTY), dengan kemenangan Anugerah Gangsa bagi Agensi Pemasaran Pengalaman Terbaik, dan Keat Kuang Lim telah menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Gangsa bagi Pemimpin Agensi Terbaik. Pencapaian tersebut menunjukkan sumbangan hebat Geek Events kepada pemasaran berasaskan pengalaman dan kepimpinan Lim dalam industri.

“Anugerah-anugerah ini memaparkan usaha berterusan pasukan untuk mengejar kecemerlangan inovasi dan kreativiti,” kata Lim. “Kami teruja untuk diiktiraf atas sumbangan kami kepada industri dan usaha kami mencipta pengalaman yang mengagumkan dan memberi inspirasi.”

Didorong oleh kesungguhan untuk menjadi yang terbaik, Lim dan pasukannya di Geek Events menggunakan kemajuan teknologi untuk mentakrifkan semula cara untuk merancang dan menganjurkan acara dan mencari kaedah baharu untuk menghubungkan jenama dengan khalayak sasaran. Menggabungkan matlamat jenama dengan keinginan masyarakat untuk menikmati pengalaman yang baharu dan menyeronokkan, Lim membimbing pasukannya untuk membayangkan secara unik apa yang benar-benar menarik perhatian dan minat orang ramai, sambil mereka menganjurkan acara yang meninggalkan impak berkekalan dan melakarkan kenangan indah yang sukar dilupakan. Pendekatan berwawasan ini memainkan peranan penting dalam kejayaan kempen Mountain Dew memenangi pelbagai anugerah, dengan meluaskan sempadan dunia pengurusan acara dan menarik perhatian penonton.

Geek Events terus menetapkan piawaian baharu dalam industri pengurusan acara, dengan membawakan pengalaman bermutu tinggi secara konsisten yang menarik perhatian dan mengujakan penonton di seluruh dunia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top