Business

Genting Rai 60 Tahun dengan “Diamond Jubilee Madness”: Ganjaran dan Pengalaman Eksklusif Buat Ahli Setia

Genting Highlands, 30 Mei 2025 – Sempena ulang tahun ke-60 yang penuh bermakna, Resorts World Genting telah menganjurkan satu acara istimewa bertemakan “Diamond Jubilee Madness”, menandakan enam dekad kejayaan dan inovasi dalam industri pelancongan serta hiburan.

Acara kemuncak yang berlangsung di Kimhua Atrium, SkyAvenue pada 30 Mei 2025, telah menyaksikan ribuan ahli Genting Rewards Card (GRC) menyertai Cabutan Hadiah Blind Box, dengan lebih daripada 6,000 hadiah menarik ditawarkan sepanjang hari — daripada wang tunai hingga ke pengalaman makan mewah.

Antara hadiah utama yang menjadi rebutan termasuk:

•Wang tunai RM10,000 untuk lima pemenang bertuah

•Petrol percuma selama setahun di Petron Genting

•Tiket ke Genting SkyWorlds berserta barangan eksklusif

•Hadiah berjenama seperti Pop Mart, baucar New Era, dan pengalaman menjamu selera di restoran terkenal seperti Burger & Lobster, Harry Ramsden, dan Five Guys

Kempen yang berlangsung sepanjang bulan Mei ini turut menarik keahlian baharu dalam program Genting Rewards yang kini berwajah baharu – sepenuhnya digital, tanpa penggunaan kad fizikal. Dengan hanya menggunakan kod QR GeM atau nombor telefon mudah alih, ahli kini boleh menebus mata ganjaran serta menikmati pelbagai kemudahan menerusi aplikasi mudah alih RWG yang telah dipertingkatkan.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting berkata,

 

 “Diamond Jubilee Madness hanyalah permulaan dalam usaha kami menghargai kesetiaan ahli Genting Rewards. Kami komited untuk terus mencipta lebih banyak pengalaman gaya hidup yang menarik khusus buat mereka.”

Dengan pelbagai keistimewaan seperti kadar bilik eksklusif, perjalanan kereta kabel percuma, dan peluang mengumpul mata ganjaran di pusat beli-belah ternama seperti SkyAvenue, Genting Highlands Premium Outlets, dan Johor Premium Outlets, program ini terus memperkukuh kedudukan Genting sebagai destinasi gaya hidup pilihan utama.

Tambahan pula, ahli turut menikmati ganjaran istimewa pada Hari Ahli setiap 18 haribulan, termasuk peluang memperoleh sehingga lapan kali ganda mata ganjaran.

Acara ini bukan sahaja meraikan kejayaan Genting selama enam dekad, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih pintar, menyeronokkan dan peribadi.

Untuk maklumat lanjut tentang Genting Rewards dan acara akan datang, layari www.rwgenting.com atau ikuti media sosial rasmi Resorts World Genting.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top