Genting Malaysia Berhad telah menyerahkan sumbangan kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan jumlah sebanyak RM50,000.
Dalam kenyataan, ia berkata sumbangan ini adalah manifestasi komitmen syarikat tersebut sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para Veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program kebajikan mereka melalui sumbangan korporat dan pelaburan yang berterusan.
Sehubungan itu, yayasan ini bergerak aktif di dalam meningkatkan semangat patriotisma di kalangan generasi muda dan belia melalui pelbagai program kesedaran serta inisiatif yang bersifat patriotik.
Golongan muda belia menghargai setiap pengorbanan dan jasa para Veteran ATM dan memberikan komitmen untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi menjaga legasi mulia mereka.
Kenyataan tersebut turut menyatakan pihaknya amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif yang penuh bermakna ini dan terus berazam untuk memberikan sokongan padu kepada para pahlawan negara kita.
“Majulah negara demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya.
![](https://nhonline.co/app/uploads/2024/08/NH_ONLINE_LOGO1-02.png)