Susulan kejayaan gemilang edisi pertama tahun lalu, Genting Sustainbiz 2025 bakal memberi impak yang lebih besar pada 9 dan 10 September 2025 ini di Genting International Convention Center (GICC), Resorts World Genting. Acara dua hari ini menjanjikan pengalaman yang transformatif, menghimpunkan pemikir global, inovator dan penggerak perubahan untuk mentakrifkan semula masa depan kelestarian dalam industri hospitaliti.
Selaras dengan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050, serta
cita-cita negeri Pahang dalam kempen NetZero 2030, Genting Sustainbiz 2025 akan menjadi platform
dinamik untuk kerjasama dan inovasi. Pemimpin industri akan mempamerkan inisiatif kelestarian yang
proaktif, dengan tumpuan kepada tiga teras utama: pembangunan bertanggungjawab, perlindungan
biodiversiti, dan kecekapan sumber.
Barisan Pejuang Kelestarian Global yang Tiada Tandingan
Sidang kemuncak tahun ini menampilkan barisan penceramah berpengaruh yang luar biasa, yang
memacu perubahan dalam bidang masing-masing, daripada kelestarian hospitaliti hinggalah kepada
tenaga boleh diperbaharui dan penjenamaan peka alam sekitar.
Arthur Huang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Miniwiz
Dinobatkan sebagai salah seorang usahawan paling berpengaruh di Asia selama empat tahun berturutturut, karya beliau telah meraih pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Bakat Reka Bentuk 40 Under 40 serta pengiktirafan atas sumbangannya dalam projek Nike Aerostatic Dome di Milan. Beliau akan berkongsi dan membincangkan bagaimana sisa buangan boleh diubah menjadi sesuatu yang bernilai.
Linda Heejung Lee, Pengarah Utama Hirsch Bedner Associates (HBA) Korea
Seorang pemikir berwawasan dalam reka bentuk kelestarian hospitaliti, Linda telah memainkan peranan
penting dalam membentuk beberapa hotel ikonik dunia, termasuk Marina Bay Sands Casino Hotel &
Resort di Singapura, Marriott Henyang di China dan pengubahsuaian Grand Ballroom Grand Hyatt Seoul
di Korea. Beliau akan berkongsi pandangan tentang cara mencipta ruang yang menggabungkan
kelestarian dengan kemewahan secara harmoni.
Jeffrey Smith, Naib Presiden Kelestarian – Six Senses Hotels Resorts Spas
Sebagai peneraju kelestarian di Six Senses, salah satu rangkaian hotel mewah paling mesra alam di
dunia, Jeffrey akan mendedahkan bagaimana Six Senses mengintegrasikan kelestarian dalam setiap
aspek, daripada reka bentuk seni bina hingga operasi, serta usaha mencapai Kebebasan Plastik.
Sasha Tan, Pengasas dan Ahli Strategik Utama Jenama, The Brand Shaper
Sasha dinamakan dalam kedua-dua Forbes 30 Under 30 dan Prestige 40 Under 40 untuk kerjanya dalam
mengubah jenama kompleks menjadi peneraju pasaran. Ceramah beliau akan mendedahkan Kerjasama antara penjenamaan dan kemampanan untuk memacu impak sebenar.
Dr. Daniel Chong, Dekan Jabatan Hospitaliti dan Pengurusan Servis, Universiti Sunway
Seorang ahli akademik yang terkenal dengan lebih 60 artikel jurnal semakan rakan sebaya antarabangsa
atas namanya, Dr. Chong ialah suara terkemuka dalam pengurusan perniagaan yang mampan,
membawa pengalaman berharga tentang masa depan hospitaliti yang mementingkan alam sekitar.
… dan ramai lagi pemimpin berinspirasi akan diumumkan!
Di luar persidangan, Genting Sustainbiz 2025 ialah pengalaman kemampanan yang mengasyikkan.
Peserta akan dapat menikmati aktiviti berpandu menyusuri Awana Trail untuk menghargai siamang,
rama-rama, pelbagai burung tropika serta flora dan fauna lain yang endemik di Tanah Tinggi.
Bagi mereka yang gemarkan suasana lebih santai, sidang kemuncak ini menawarkan sesi rangkaian golf
eksklusif di lapangan golf 18-lubang Awana yang baru diubahsuai. Dengan kehijauan yang subur dan
cuaca sejuk, ia merupakan peluang yang baik untuk perbualan dan hubungan yang bermakna dengan
rakan pemimpin industri.
“Kelestarian bukan lagi pilihan; ia adalah satu keperluan. Dalam industri hospitaliti, setiap pilihan yang
kita buat, sama ada besar atau kecil, membentuk dunia yang kita tinggalkan. Di Genting Sustainbiz 2025,
kami bukan sahaja bercakap tentang perubahan, kami memacunya ke hadapan melalui perbincangan
yang bermakna dan kerjasama yang berkesan,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan,
Pemasaran dan Perhubungan Awam.
Tempahan awal untuk Pas Standard Genting Sustainbiz 2025 ialah RM700 (harga biasa: RM980)
sehingga 31 Mei 2025 yang merangkumi pas dua hari dan lawatan denai Awana, manakala Pakej
Eksekutif RM1,300 termasuk penginapan malam di Bilik Deluxe di Hotel First World, hotel terbesar di
dunia yang diiktiraf oleh Guinness World Records dan tambahan makan malam perangkaian.
Kami juga menyediakan diskaun istimewa tersedia untuk kumpulan. Pakej perkongsian berkembar
tersedia pada harga RM1,109 untuk seorang peserta. Bagi mereka yang hadir dalam kumpulan yang
lebih besar, tawaran lima pakej perkongsian berkembar tersedia pada harga RM999 seorang.
Dengan jangkaan permintaan yang tinggi, daftar awal untuk tempat anda dan dapatkan lebih banyak
penjimatan. Bagi organisasi yang ingin mendapatkan keterlihatan dan berada di barisan hadapan dalam
kemampanan, peluang penajaan dan perkongsian juga tersedia. Untuk maklumat lanjut, lawati
rwgenting.com/sustainbiz hari ini dan jadilah sebahagian daripada penyelesaian, bukan pencemaran.
