Entertainment

Gravity Game Hub umum pelancaran Ragnarok Idle Adventure Plus

Gravity Game Hub (GGH) PTE.LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), mengumumkan permainan serba baharunya, Ragnarok Idle Adventure Plus, telahpun dilancarkan di peringkat global (kecuali beberapa negara dan wilayah seperti Tanah Besar China, Korea Selatan, Jepun, TaiwanHong Kong dan Macau) yang tersedia pada platform Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery susulan tempoh Prapendaftaran yang berjaya. Lebih 1,000,000 pemain lain bersedia untuk memulakan pengembaraan mereka merentas masa pada 20 Februari 2025.

Ragnarok Idle Adventure Plus dicipta berdasarkan peribudaya Ragnarok Online asal dan dihasilkan semula sebagai RPG melahu. Dengan penekanan untuk menjamin corak permainan yang mudah, Ragnarok Idle Adventure Plus dibangunkan sebagai RPG yang boleh serasi walaupun pada peranti mudah alih dengan spesifikasi rendah dan memberikan kebolehmainan yang mudah.

Presiden Gravity Game Hub (GGH), Harry Choi berkata, “Kami menerima banyak maklum balas positif dan berjaya mencapai 1 juta pemain yang membuat prapendaftaran. Pelancaran ini menyaksikan satu peristiwa penting dan kami tidak sabar menunggu mereka memulakan perjalanan baharu mereka.” “Sebagai kesinambungan rasmi Ragnarok IP, permainan yang dinikmati oleh 230 juta pemain di peringkat global, Ragnarok Idle Adventure Plus akan menjadi tambahan yang menarik untuk peminat Ragnarok bagi memulakan pengembaraan baharu dengan pelaburan masa yang rendah,” sambung Harry Choi.

Ciri-ciri Utama

Ragnarok Idle Adventure Plus menggabungkan corak permainan melahu dengan strategi mendalam bagi memastikan pengalaman yang membawa kepuasan untuk pemain kasual dan juga pemain tegar.

  • Pengalaman Melahu Lancar – Nikmati perkembangan bebas tangan semasa Wira anda bertarung, naikkan tahap dan kumpul ganjaran walaupun semasa anda berada di luar talian.
  • Penyesuaian Strategik – Kumpul dan tingkatkan pasukan utama anda dengan seleksi luas watak, kemahiran dan kombinasi peralatan.
  • Kebolehmainan Semula Tidak Berkesudahan – Selami mod permainan yang pelbagai, termasuk MVP Raid (PvE), Hall of Valor (PvP) dan dunia luas yang penuh dengan pengembaraan.
  • Sistem Haiwan Kesayangan & Teman – Mantapkan perjalanan anda dengan teman setia yang membantu anda dalam pertempuran.

Latar Belakang Ragnarok Idle Adventure Plus

Genre: RPG Melahu
Platform: Mudah Alih (Android & IOS)
Laman Web: https://roidle.gnjoy.asia
Facebook: https://www.facebook.com/ROIdleAdventure
Instagram: https://www.instagram.com/roidleadventureglobal
TikTok: https://www.tiktok.com/@roidleadventureplus
Discord: https://discord.gg/roidleadventureplus

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top