Umum

Hans Isaac kembali menerajui FINAS

Pelakon terkenal Gerald Hans Isaac atau lebih mesra dikenali sebagai Hans Isaac kembali menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Perkara tersebut diumumkan FINAS yang turut menyatakan pelantikan pengerusi itu berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang berusia 54 tahun, menggantikan Kamil Othman yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Februari 2025.

Ini merupakan kali kedua beliau menerajui badan ini dengan tempoh pertama sebagai Pengerusi FINAS dari tahun 2019 hingga 2020.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top