Umum

Harga diesel turun 2 sen di Semenanjung

Gambar Fail

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga jualan runcit diesel turun lagi 2 sen daripada RM3.25 kepada RM3.23 seliter bagi pasaran Semenanjung, bermula 22 Ogos hingga 28 Ogos.

Menurutnya, penurunan harga diesel itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Namun, katanya dalam kenyataan, harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.47 dan RM2.05 seliter.

Katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top