Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung naik sebanyak 7 sen bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai dengan masing-masing pada RM3.21 seliter dan RM2.88 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 liter.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan pengurangan harga runcit itu seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia.
Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
