Sports

Hisense dinamakan Rakan Kongsi Rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025

Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna global dan peralatan rumah, mengumumkan ia telah memeterai perkongsian rasmi untuk FIFA Club World Cup™ baharu. Pengumuman ini dibuat hari ini di sebuah acara khas di Shanghai Tower yang dihadiri oleh Presiden FIFA Gianni Infantino, Setiausaha Agung FIFA Mattias Grafström dan Pengerusi Hisense Group Jia Shaoqian.

Berucap semasa pelancaran perkongsian ini, Presiden FIFA Gianni Infantino berkata: “Kami berbesar hati mengalu-alukan Hisense, jenama yang terkemuka dalam pasaran global, sebagai Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025™. Komitmen Hisense terhadap inovasi dan teknologi sejajar dengan visi kami untuk kejohanan ini, yang akan menghimpunkan 32 pasukan terbaik dari seluruh dunia untuk sambutan yang tidak dapat dilupakan dalam permainan kami yang akan merevolusikan bola sepak kelab.”

“Perkongsian ini akan menawarkan cara yang unik kepada peminat untuk terlibat dengan kejohanan ini, baik di padang mahupun di luar padang, sekali gus meletakkan asas teknologi dan inovasi untuk FIFA Club World Cup™ berkembang maju.”

FIFA Club World Cup 2025™ baharu ini akan menyatukan 32 kelab terbaik dunia setiap empat tahun. Perkongsian dengan edisi sulung kejohanan ini akan menyediakan platform yang sempurna kepada Hisense untuk mengembangkan lagi jenama globalnya dalam kalangan peminat pasukan sukan dan kelab paling popular di dunia dan untuk memperlihatkan teknologi dan peralatan terkini dengan TV Hisense dapat dilihat di seluruh kejohanan.

Pengerusi Hisense Group Jia Shaoqian menambah: “Kami berbangga menjadi Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025™, yang merupakan pertandingan antara kelab-kelab terbaik daripada keenam-enam konfederasi, mewakili dialog antara juara, pertembungan kecemerlangan kelas pertama. Hal ini benar-benar selaras dengan usaha Hisense untuk mengejar semangat juara dan matlamat korporat kami yang terkini untuk membina sebuah perusahaan dan jenama yang bertaraf dunia.”

“Sebagai pelopor bagi televisyen AI, siri TV AI Hisense yang baru dilancarkan merupakan padanan sempurna untuk FIFA Club World Cup™. Asas teknologi TV AI Hisense ialah model besar Xinghai yang dibangunkan secara bebas, yang menyokong penaiktarafan pintar yang berterusan merentas pelbagai kategori peralatan, seterusnya meningkatkan pengalaman pengguna dan daya saing pasaran dengan ketara. Bersama-sama dengan FIFA, Hisense akan mempersembahkan Club World Cup™ yang terbaik untuk khalayak global.”

Hisense bermatlamat untuk membina sebuah perusahaan dan jenama yang bertaraf dunia dengan tumpuan yang berterusan kepada aset sukan bertaraf tinggi. Dengan penandatanganan secara rasmi sebagai Rakan Kongsi Rasmi untuk FIFA Club World Cup 2025™, pertandingan kelab terulung serba baharu di dunia ini, Hisense memajukan strategi pemasaran sukannya dan menggiatkan usaha globalisasinya.

Hisense telahpun menjadi rakan kongsi global untuk dua FIFA World Cups™ dan tiga Kejohanan Eropah UEFA berturut-turut. Syarikat ini sedang berusaha untuk mencapai pembangunan pintar produknya, merentas TV, TV Laser, penyaman udara dan peti sejuk. Dalam barisan produk TV, Hisense memperkenalkan TV 100-inci yang dilengkapi dengan cip kualiti gambar AI, memberikan kepada pengguna pengalaman tontonan yang imersif. Dengan peti sejuk dan produk penyaman udaranya, platform ConnectLife Hisense menyokong kesalinghubungan peralatan rumah pintar, lalu membolehkan kolaborasi yang lancar antara peranti rumah.

Kolaborasi bersama FIFA menggariskan komitmen Hisense untuk menyampaikan teknologi peralatan rumah rintis dalam usaha untuk mempertingkat kehidupan seharian, menerusi produk dan teknologi inovatif bagi meningkatkan pengalaman tontonan untuk peminat di seluruh dunia dan menjadikan sukan bola sepak lebih mudah diakses dan lebih menarik buat semua.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top