Business

Hisense perluas platform ITS ConnectLife kepada peranti pihak ketiga melalui API rumah Google

Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna global dan peralatan rumah, mengumumkan pada hari ini integrasi Home APIs baharu Google ke dalam aplikasi ConnectLife, lalu membolehkan pengguna membawa peranti rumah pintar pihak ketiga mereka ke dalam ekosistem ConnectLife menjelang musim luruh ini. Langkah ini membolehkan pengguna aplikasi ConnectLife Hisense berintegrasi dan mengawal dengan lancar bukan sahaja produk Hisense, seperti televisyen, peti sejuk dan penyaman udara, tetapi juga pelbagai jenis peranti rumah pintar pihak ketiga yang popular, lantas mewujudkan pengalaman rumah pintar yang lebih bersepadu.

 

Pengumuman ini bertepatan dengan pengumuman rumah pintar Google I/O 2025, di mana Hisense ditampilkan sebagai rakan kongsi pelancaran untuk Home APIs baharu Google. Integrasi ini memanfaatkan akses Home APIs Google kepada lebih 750 juta peranti, termasuk Matter, diperakui “Works with Google Home” dan peranti Google Nest. Ketersambungan yang diperluas membawa keserasian peranti yang dipertingkat dan keupayaan automasi yang sofistikated, seterusnya membolehkan pengguna mengawal produk Hisense dan juga peranti pihak ketiga, seperti palam pintar, lampu, loceng pintu, langsir dan banyak lagi, semuanya dalam satu aplikasi.

Pengguna ConnectLife akan dapat membawa peranti pihak ketiga dengan lancar bagi mengupayakan pengalaman yang akan meningkatkan hiburan, penjagaan haiwan kesayangan, kualiti udara dan banyak lagi. Mod satu-sentuhan dan automasi tersuai boleh menggabungkan produk Hisense dengan peranti pihak ketiga bagi mencipta respons rumah pintar, seperti penyaman udara melaraskan secara automatik berdasarkan penderia kualiti udara pihak ketiga, atau lampu pintar memberikan pemberitahuan visual apabila laci VersaTemp daripada peti sejuk Hisense mencapai suhu ideal untuk menyejukkan minuman.

Walaupun pemberitahuan visual melalui lampu pintar telahpun wujud, integrasi Hisense membolehkan pengguna mengkonfigurasikan dengan mudah interaksi rentas peranti terperinci ini terus dalam aplikasi ConnectLife yang intuitif. Ini dapat memudahkan persediaan demi faedah-faedah seperti adanya lampu pintar pihak ketiga yang memberi makluman secara visual kepada pengguna yang mengalami kesukaran mendengar, apabila tangan sibuk dengan tugas di sekeliling rumah atau apabila orang ramai memilih untuk membiarkan telefon mereka disenyapkan, lantas memberikan pengalaman rumah pintar disatukan yang lancar tanpa perlu mengurus beberapa aplikasi pihak ketiga secara serentak untuk konfigurasi.

“Di Hisense, kami komited untuk memudahkan kehidupan pintar untuk semua orang,” kata Miguel Becerra, Pengarah Pengalaman Rumah Pintar, Hisense Wilayah Amerika. “Integrasi ini meningkatkan ConnectLife bagi mencipta pengalaman lancar yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan menyeronokkan untuk pengguna kami.”

Aplikasi ConnectLife yang dipertingkat dengan integrasi Google Home APIs akan tersedia pada musim luruh ini untuk platform Android dan juga iOS.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top