Hong Leong Bank Berhad (HLB) terus membuktikan komitmennya dalam menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) apabila sekali lagi diiktiraf sebagai Best SME Bank in Malaysia di The Asian Banker Global Excellence in Retail Finance Awards 2025. Ini merupakan kali keenam HLB menerima pengiktirafan berprestij tersebut, memperkukuh reputasinya sebagai peneraju dalam penyelesaian perbankan PKS yang inovatif dan berfokus pelanggan.
Menurut Kevin Lam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, kekuatan segmen perbankan PKS Bank mencerminkan komitmen teguh HLB dalam menyokong pelanggan mencapai objektif perniagaan mereka, meskipun berdepan lanskap ekonomi global yang mencabar.
“Kami percaya dengan menyediakan sokongan strategik dan sumber yang bersesuaian, pelanggan PKS kami dapat terus berkembang dan berdaya saing, tanpa mengira perubahan dalam pasaran atau peraturan perdagangan global,” ujar beliau.
Prestasi Kukuh Segmen PKS
Pada suku pertama 2025, HLB mencatatkan pertumbuhan 8.5% tahun ke tahun (y-o-y) dalam portfolio pinjaman PKS, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM36 bilion setakat Mac 2025. Sektor ini kini menyumbang 12.1% kepada pendapatan keseluruhan Bank dan meningkatkan Untung Sebelum Cukai (PBT) kepada 12.6%.
Yow Kuan Tuck, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan & Korporat HLB, menegaskan bahawa kejayaan ini hasil daripada pendekatan tersuai yang mengutamakan keperluan khusus pelanggan.
“Kami sentiasa memperkenalkan penyelesaian yang direka khas bagi membantu PKS berkembang dengan lebih cekap dan berinovasi. Dari onboarding digital hinggalah ke ciri-ciri analitik aliran tunai – setiap inovasi ini memberi kelebihan strategik kepada pelanggan kami,” katanya.
Inovasi Digital dan Fleksibiliti
Antara inovasi terkini yang diperkenalkan termasuk ciri Partnership Onboarding, yang membolehkan pelanggan mendaftar entiti perkongsian terus di cawangan melalui peranti tablet Bank, memberi fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan PKS. Ciri ini juga kini menyokong pembukaan Akaun Mata Wang Asing (FCA).
Di samping itu, HLB telah melaksanakan integrasi API bersama LHDN, membolehkan pelanggan mengesahkan nombor pendaftaran LHDN serta membuat pembayaran statutori melalui platform Hong Leong ConnectFirst (HLCF) – satu langkah besar dalam memudahkan pematuhan peraturan secara digital.
Pengiktirafan Berterusan
Pengiktirafan terbaru ini menambah senarai anugerah terdahulu, termasuk Best SME Bank in Malaysia selama tiga tahun berturut-turut oleh Asian Banking & Finance Retail Banking Awards, serta pengiktirafan utama daripada Euromoney Awards for Excellence 2024.
Layari www.hlb.com.my untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian perbankan PKS oleh Hong Leong Bank.
