Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp Shahul Hameed Shaik Dawood berkata kira-kira 82% levi yang dikutip oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) daripada majikan telah digunakan tahun ini.
Menurutnya sebahagiannya digunakan untuk membiayai beberapa program pembangunan, termasuk Minggu Latihan Kebangsaan pada Jun, dan Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024, yang berakhir hari Rabu.
Dengan bangga boleh kami katakan, penggunaan levi tahun ini adalah (sebanyak) 82%. Ini kerana setiap majikan percaya latihan itu penting,
katanya pada majlis penutupan NHCCE di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) hari ini.
Kita mahu pastikan levi kita dibelanjakan dengan bijak dan berkesan. Kita perlu pastikan ia dibelanjakan untuk membangunkan modal insan, perkongsian ilmu dan belajar daripada amalan terbaik,
katanya.
HRD Corp mengutip rekod levi bernilai RM2.2 bilion tahun lepas, berbanding RM1.82 bilion pada 2022.
NHCCE yang bertemakan Memanusiakan Kecerdasan Buatan (AI) demi Tenaga Kerja Masa Depan menampilkan 36 penceramah yang meneroka dengan lebih lanjut perkembangan AI dan kesannya terhadap pasaran buruh dalam masa terdekat.
Shahul memuji penceramah kerana memperjuangkan seruan menerima dan bekerjasama dengan alat AI, bukannya takut dengan teknologi.
AI tidak bermakna tanpa ‘dimanusiakan’ oleh manusia, dan topik ini penting untuk diterokai rakyat Malaysia agar negara dapat maju ke tahap seterusnya, katanya.