Huawei Bawakan Telefon Boleh Lipat Tiga Komersial Pertama Dunia ke MWC 2025
BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ — Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2025) tahun ini bermula pada 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Di acara ini, Huawei mempamerkan telefon lipat tiga uniknya, HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN, serta pelbagai produk unggulan yang canggih, amat bergaya dan dipacu teknologi yang lain. Para hadirin boleh mengunjungi zon pengalaman khusus untuk peranti boleh lipat, kesihatan & kecergasan, fotografi dan alatan untuk tugas kreatif dan menyaksikan bagaimana Huawei mengaplikasikan teknologi terkini dalam kehidupan seharian.
Ramai yang teruja terutamanya untuk menyaksikan Mate XT, telefon pintar lipat tiga komersial yang pertama di dunia. Ia menampilkan teknologi engsel dan skrin proprietari yang membolehkan Huawei membina telefon di mana skrin dilipat ke dalam pada satu engsel dan ke luar pada engsel yang lain. Ia turut dilengkapi dengan kamera dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz. Di reruai Huawei Consumer BG, skrin besar yang menggunakan kesan 3D mata kasar mempamerkan selanjutnya merit telefon lipat tiga yang unik ini. Turut dipamerkan di reruai Consumer BG ialah telefon siri HUAWEI Mate 70 yang mempunyai Ultra Chroma Camera yang memberikan ketepatan warna yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Zon pengalaman Senario Kecerdasan membolehkan hadirin mendapatkan ciri-ciri termasuk Pendedahan berbilang dan Penyudah (retouch) AI. Kawasan Mate X6 mengambil pendekatan baharu dengan mempamerkan beberapa bahan inovatif yang dimasukkan ke dalam telefon. Para hadirin diundang untuk memotong ais dengan kepingan grafena bagi merasai sendiri kekonduksian terma yang hebat daripada bahan ini.
Bagi mempamerkan rangkaian luas peranti boleh pakainya, Huawei mensimulasikan senario sukan dan kesihatan kehidupan sebenar. Di kawasan pengalaman berbasikal, peserta boleh mengalami keupayaan pemantauan tanda vital yang pantas dan tepat daripada HUAWEI TruSense System dengan membandingkan data kadar denyutan jantung masa nyata daripada monitor kadar denyutan jantung sukan profesional dengan yang direkodkan oleh HUAWEI WATCH GT 5. Di zon Sepintas Lalu Kesihatan, pengunjung boleh melihat demonstrasi pelbagai penunjuk kesihatan yang diukur oleh HUAWEI WATCH D2, peranti boleh pakai pintar pertama yang diperakui dari segi perubatan sebagai pemantau tekanan darah ambulatori berasaskan pergelangan tangan. Huawei turut membawakan barisan peranti boleh pakai pintar yang menawarkan pengalaman pada pergelangan tangan yang premium dengan reka bentuk luar biasa dan ciri-ciri pintar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peranti boleh pakai pintar menjadi enjin pertumbuhan yang berkuasa untuk perniagaan pengguna Huawei. Penghantaran peranti boleh pakai terkumpul Huawei untuk tiga suku pertama 2024 meletakkannya di hadapan semua pesaing dalam bidang peranti boleh pakai. September lalu, Huawei mengumumkan HUAWEI TruSense System yang memantau data kesihatan & kecergasan serta menganalisis status kesihatan pengguna. Sistem ini merupakan satu pengubahsuaian yang teliti terhadap sistem metrik kesihatan syarikat sebelum ini dan dipamerkan sepenuhnya di Barcelona.
Zon pengalaman GoPaint telah menarik perhatian khalayak ramai menerusi pameran karya yang dicipta oleh artis dari seluruh dunia menggunakan perisian GoPaint eksklusif daripada HUAWEI MatePad yang dikuasakan oleh enjin berus profesional dan FangTian Painting Engine 2.0. Huawei menetapkan sasarannya pada golongan kreatif profesional dan juga golongan kreatif bercita-cita tinggi dengan MatePad Pro 13.2″ OLED PaperMatte Display tahun ini. PaperMatte Display ialah standard proprietari untuk paparan tablet yang memberikan warna terang sambil meminimumkan silau dan memberikan pengalaman menulis dan melukis pen-atas-kertas kepada pengguna. HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) bertujuan untuk digunakan dengan MatePad Pro 13.2″. Dengan kepekaan tekanan 10,000 tahap, M-Pencil membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya berus maya GoPaint yang banyak dan pelbagai. HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci turut menampilkan WPS Office peringkat PC dan antara muka komputer riba yang biasa agar pengguna boleh menikmati pengezuman tetingkap yang fleksibel dan interaksi berasaskan-papan-kekunci-dan-tetikus, serta berbilang tugas yang cekap dengan adanya ciri Berbilang Tugas Langsung (Live-Multitask).
