π Putrajaya β Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa indeks harga seunit simen meningkat antara 0.1% hingga 1.1% pada Ogos 2025, dengan kenaikan tertinggi di Pahang (1.1%).
Selain itu:
- Pasir: naik antara 0.1% β 0.5%, tertinggi di Perak (0.5%).
- Besi (rebar): kekal stabil di kebanyakan kawasan, namun mencatat penurunan di Terengganu & Kelantan (-1.0%) serta Pulau Pinang, Kedah & Perlis, dan Sibu (-0.3%).
- Perbandingan tahunan menunjukkan harga besi turun sehingga -12.9%, tertinggi di Perak.
Purata harga semasa:
- Besi: RM3,491.35 per tan metrik (+0.1% berbanding Julai 2025).
- Semen Ordinary Portland: RM23.85 per 50kg sekarung (+0.1%).
IKB (Indeks Kos Bahan Binaan) keseluruhan:
- Semenanjung: naik 0.1% β 0.6%.
- Sabah: naik 0.1% β 0.4%.
- Sarawak: naik 0.1% β 0.3%.
π‘ Menurut Shanghai Metal Market, pasaran besi tetulang Malaysia kekal berdaya tahan dengan trend harga stabil, disokong oleh kos pengeluaran tinggi dan bekalan ketat.
π Dalam perkembangan lain, Malaysia mencapai tangga pertama global dalam laporan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, melonjak dari kedudukan ke-67 sebelum ini.
π Kerajaan turut menetapkan 20 Oktober sebagai Hari Statistik Negara (MyStats Day) dengan tema βStatistik Nadi Kehidupanβ.
