Umum

Individu positif Covid-19 tak perlu lapor MySejahtera

Gambar MySejahtera

Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan individu yang disahkan positif Covid-19 tidak perlu melaporkan status mereka di aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, individu yang disahkan positif Covid-19 digalakkan tinggal di rumah, meminimumkan interaksi sosial dan elak tempat yang sesak.

Di bawah garis panduan baharu Covid-19 yang berkuatkuasa 15 Julai ini, pemakaian pelitup muka digalakkan kepada individu yang positif Covid-19, individu yang bergejala seperti batuk dan selesema, petugas kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan.

Kontak rapat kepada kes Covid-19 digalakkan memantau gejala dan tahap kesihatan mereka.

Dalam kenyataan, KKM berkata sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk, individu tersebut dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memberitahu Dewan Rakyat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menjalani kuarantin di rumah. Mereka yang dijangkiti akan dirawat seperti pesakit jangkitan pernafasan yang lain.

Beliau berkata, jumlah kes Covid-19 menurun dengan ketara, turun sebanyak 77.9% daripada 17,256 kes kepada 3,810 kes setakat ini untuk tahun ini.

Walaupun tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan tetapi varian Omicron dan sub-variannya masih wujud, serta tiada varian baharu dikesan.

 

 

PALING POPULAR

To Top