Umum

IPC Shopping Centre Perkenal Konsep ‘The Lagom Life’: Gaya Hidup Seimbang, Ringkas & Bermatlamat

IPC Shopping Centre kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan penjenamaan semula yang diinspirasikan daripada falsafah terkenal Sweden, iaitu ‘The Lagom Life’ — membawa maksud just the right amount atau ‘sekadar yang perlu’.

Melalui konsep ini, IPC tampil sebagai pusat beli-belah yang bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi destinasi untuk mencari keseimbangan hidup — dari membeli keperluan rumah, bersantai bersama keluarga, menikmati sajian terkini hingga menyokong gaya hidup mampan.

“Kehidupan sekarang sangat pantas. Sebab itu IPC mahu jadi alternatif yang lebih seimbang dan bermatlamat. Di sini, pengunjung boleh berhubung kembali dengan diri sendiri, orang tersayang dan komuniti,” kata Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre.


Pengalaman ‘Just Right’ Untuk Semua

Konsep Lagom di IPC direka agar setiap pengunjung — sama ada keluarga dengan anak kecil, ‘foodie’ yang gemar mencuba menu baharu, atau individu yang mahu melepak hujung minggu — dapat menikmati masa tanpa tergesa-gesa.

Antara tarikan baharu yang menanti termasuk jenama popular seperti Canton Boy, FUIYOH! It’s UNCLE ROGER, Chagee, dan Luckin Coffee. Mereka menyertai pilihan sedia ada seperti ChaTraMue, Taste of Medan, dan Llao Llao yang sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai.

Selain itu, Foodland di Aras LG menawarkan pelbagai sajian menarik daripada Daily Bowl, Dunkin’ Donuts, The Grass, Happy Potato, dan New Juice, dengan tambahan bakal hadir seperti Eka Gastrobar dan Pao Xiang Bak Kut Teh.


Lebih Dari Sekadar Beli-belah

Mengimbangi gaya hidup moden, IPC kini menyediakan ruang kerja Träffas Work Pods, kedai MR.DIY Plus, studio gaya hidup Good Times DIY, serta ruang hiburan keluarga Play United.

Tidak cukup dengan itu, IPC bakal membuka Brio Social Club — menampilkan tujuh gelanggang ‘pickleball’ tertutup pertama di pusat beli-belah tempatan, bagi menggalakkan aktiviti sihat bersama rakan dan keluarga.

Bagi pemilik kenderaan elektrik pula, enam pengecas Tesla EV — termasuk pengecas super — akan tersedia pada suku ketiga tahun ini, menjadikan IPC lebih mesra alam dan masa depan.


Komitmen Mampan & Mesra Keluarga

Berpegang pada prinsip ‘Lagom’, IPC meneruskan tanggungjawab sosial melalui Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) serta pelbagai bengkel artisan & eko, termasuk kerjasama dengan rakan niaga seperti H&M bagi kempen kitar semula pakaian.

Keselesaan keluarga juga menjadi keutamaan — dengan kerusi roda, kereta sorong bayi, bilik keluarga mesra antibakteria dan ruang penjagaan bayi yang lengkap di setiap aras.


Evolusi Gaya Hidup Bandar

Dengan visi sebagai pusat komuniti berorientasikan kelestarian, IPC mengekalkan nilai-nilai Sweden sambil menyesuaikan diri dengan kehendak masa kini — memberikan pengalaman beli-belah, makan, bersantai, bekerja dan bersosial yang ‘just right’.

Untuk info lanjut mengenai The Lagom Life serta promosi terkini, layari ipc.com.my atau ikuti IPC di Facebook, Instagram dan TikTok.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top