Umum

IPC Shopping Centre Tarik Pengunjung dengan Hadiah RM38,000 Sempena Tahun Baharu Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina di IPC Shopping Centre tahun ini tampil lebih meriah apabila pusat beli-belah itu menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran menarik bernilai keseluruhan RM38,000, termasuk iPhone 17 Pro Max dan MacBook Air M4, menerusi kempen perayaan bertemakan “Just Right, Just Horse-picious”.

Bermula 19 Januari hingga 22 Februari 2026, IPC menggabungkan elemen warisan Sweden dan tradisi tempatan dengan ikon Kuda Dala sebagai simbol keseimbangan, keharmonian dan kemakmuran, sekali gus mencipta pengalaman perayaan unik untuk pengunjung seisi keluarga.

Antara tarikan utama ialah program “Dua Persinggahan. Lebih Banyak Ganjaran” yang dianjurkan bersama IKEA Damansara. Pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di IPC dan RM250 dalam satu resit di IKEA Damansara pada hari yang sama layak menebus hadiah harian serta menerima satu tiket cabutan bertuah perdana.

Kemuncak cabutan bertuah akan berlangsung pada 8 Februari 2026, dengan lima pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah utama termasuk iPhone 17 Pro Max, MacBook Air M4, AirPods Pro 3 serta perabot IKEA.

IPC turut memperkenalkan peraduan interaktif “Kira Kuda Dala” khas untuk ahli Tack Club dengan hadiah bernilai RM1,500, termasuk e-baucar, fon kepala JBL dan pembesar suara Bluetooth.

Menurut Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim, tema perayaan ini mencerminkan keseimbangan antara tradisi, ganjaran dan kebersamaan komuniti.

Selain membeli-belah, pengunjung boleh menikmati bengkel kanak-kanak, persembahan tarian singa, gendang Cina serta aktiviti kelestarian melalui Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) dengan ganjaran berganda sehingga 1 Mac 2026.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top