Umum

Ismail Sabri Tak Kesah Dipecat! Tetap Tak Mahu Kerjasama Dengan Pakatan Harapan

Perdana Menteri sementara Malaysia dan juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tetap tidak akan bersetuju untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Bukan hanya itu, beliau juga bersedia untuk dipecat partinya sendiri sekiranya kepimpinan memutuskan perkara itu.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh anak perempuan Ismail Sabri iaitu Nina Sabrina melalui IG Story yang berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp antara pemimpin UMNO dalam group WhatsApp ‘Ketua2 Bhg Umno Malaysia’.

Pendirian Ismail Sabri ini turut mendapat respon dan sokongan daripada Dato Seri Tajuddin dan Dato Abbas.

Sumber: Oh! Media

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top