Artikel ini dihasilkan dengan kerjasama Malaysia Health & Humanity Organisation.
Deep Vein Thrombosis (DVT) berlaku apabila bekuan darah terbentuk dalam urat dalam — biasanya di kaki — dan boleh jadi bahaya jika bergerak ke paru-paru.
Berikut 10 langkah mudah dari pakar untuk membantu lancarkan peredaran darah & kurangkan risiko DVT:
1️⃣ Kekal Aktif
Duduk terlalu lama boleh perlahan aliran darah. Pastikan bangun bergerak setiap 1–2 jam, terutamanya jika banyak duduk di pejabat atau menaiki kapal terbang jarak jauh.
2️⃣ Pakai Pakaian Longgar
Pakaian yang ketat di pinggang, kaki atau peha boleh halang peredaran. Pilih pakaian yang selesa dan tidak menyekat.
3️⃣ Angkat Kaki
Naikkan kaki beberapa kali sehari — contohnya letak di atas bangku kecil — untuk bantu darah mengalir semula ke jantung.
4️⃣ Pakai Stoking Kompresi
Boleh dipakai jika disarankan doktor. Stoking ini tekan perlahan-lahan untuk elak darah berkumpul di kaki.
5️⃣ Kekalkan Berat Badan Sihat
Berat badan berlebihan meningkatkan risiko DVT. Kurangkan risiko dengan pemakanan seimbang & senaman tetap.
6️⃣ Minum Air Yang Cukup
Dehidrasi boleh buat darah lebih pekat dan mudah membeku. Pastikan cukup air, lebih-lebih lagi bila cuaca panas atau ketika perjalanan jauh.
7️⃣ Elak Merokok
Merokok merosakkan saluran darah & tingkatkan risiko darah beku. Berhenti merokok sangat membantu kesihatan salur darah.
8️⃣ Senaman Regangan Kaki
Semasa duduk lama, lakukan regangan mudah: gerakkan pergelangan kaki, putar-putar atau regangkan betis. Ini bantu lancarkan aliran darah.
9️⃣ Kawal Tekanan Darah & Kolesterol
Periksa tekanan darah & tahap kolesterol. Paras tinggi boleh rosakkan salur darah & tingkatkan risiko pembekuan.
🔟 Tanya Doktor Jika Perlu Ubat Pencegahan
Bagi yang berisiko tinggi — contohnya selepas pembedahan — doktor mungkin sarankan ubat cair darah atau langkah khusus lain.
✅ Tip Ringkas NH: Jika tiba-tiba rasa bengkak, sakit atau merah pada betis — jumpa doktor segera. DVT boleh jadi bahaya jika tidak dirawat!
