Umum

JAWI Siasat Isu Disc Brake Bermotif Lucah, Nasihat Pengeluar & Pengguna Elak Simbol Tidak Sopan

Gambar Facebook

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti sebuah video tular melibatkan dakwaan penggunaan disc brake motosikal yang memaparkan lambang lucah.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna media sosial, Shinji Nagato, yang mendakwa terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan komponen motosikal dengan simbol tidak senonoh itu. Bagaimanapun, lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dinyatakan.

Menurut Pengarah JAWI, Haji Hanifuddin bin Roslan, siasatan lanjut akan dijalankan dan pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) kerana isu tersebut melibatkan pengeluaran produk yang tidak sopan serta bercanggah dengan tatasusila rakyat Malaysia.

JAWI pada masa sama menasihatkan semua pengeluar dan pengguna agar mengelakkan penggunaan apa-apa lambang lucah pada produk atau barangan kegunaan harian.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top