Umum

JKOM kini bawah seliaan Kementerian Komunikasi

Gambar Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini diselia Kementerian Komunikasi.

“‘Ada satu agensi yang dibawa masuk ke dalam Kementerian Komunikasi ialah J-KOM. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Selain itu, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures akan dikekalkan di bawah Kementerian Komunikasi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya pada hari Rabu.

Fahmi turut memaklumkan agensi-agensi lain seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan MYNIC Berhad telah dipindahkan ke Kementerian Digital di bawah menterinya, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu katanya, kementeriannya belum memutuskan mengenai status Digital Nasional Berhad.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top