Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd, pengeluar utama penyaman udara jenama Hitachi, baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-35 di Malaysia. Perayaan penuh meriah di kilang Bandar Baru Bangi dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan David W. Budzinski, Presiden, Solusi Komersial Kediaman & Ringan, Johnson Controls dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning.
Sepanjang 35 tahun di Malaysia, Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd telah mengilangkan lebih 15 juta unit penyaman udara, yang merangkumi lebih 2,900 model termasuklah penyaman udara tingkap, unit ‘multi-split’, unit-unit dinding, bersalur dan juga unit siling. Kilang pengeluaran ini pada masa kini mengeksport 99.5% penyaman udara Hitachi ke 39 lokasi seluruh dunia, termasuklah Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Jepun, Australia dan New Zeland. Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd juga telah melabur secara berterusan untuk pembangunan produk-produk baharu dan juga peningkatan teknologi di kilang, untuk memastikan kilang ini boleh memenuhi permintaan oleh pihak industri pada masa hadapan.
Budzinski berkata, “Kemudahan ini telah memainkan peranan penting sepanjang beberapa dekad dalam menyumbang kepada kejayaan penyelesaian penyaman udara berkualiti tinggi kami di seluruh dunia. Kami tetap berdedikasi untuk inovasi dan kecemerlangan, dan akan terus menggunakan teknologi termaju dan amalan mampan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang. Kami berharap untuk bersama-sama mara dengan semangat kecemerlangan dan komitmen yang telah membawa kepada pencapaian kami pada hari ini.”
Senthil Kumar Subramaniam, Pengarah Urusan Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd berkongsi, “Warga kerja Malaysia kami telah membawa kepakaran dan kemahiran yang luar biasa kepada kerja sambil mengeratkan hubungan dengan komuniti di Malaysia yang telah menjadi pengkalan kami sejak 35 tahun yang lalu. Kami boleh melihat yang dedikasi berterusan dan kemahiran mereka yang akan memacu pertumbuhan dan inovasi selanjutnya di masa hadapan. Kami kekal komited untuk melabur dalam teknologi dan pembangunan produk untuk kekal sebagai peneraju pasaran penyaman udara global.”
Pada tahun 2024, Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Construction Industry Development Board (CIDB) Certified Brazing Training dan Assessment Facility Room, menawarkan latihan pemasangan, keselamatan dan kawalan kualiti. Komitmen terhadap pembangunan pekerja dan kepakaran yang berakar umbi ini diterjemahkan kepada kelebihan yang ketara—keupayaan untuk membangunkan produk berkualiti tinggi dengan konsisten bagi memenuhi piawaian global yang ketat.